Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Mei 2019

Hidangan di Bulan Ramadan. ..

...tiada bezanya dengan hari-hari biasa.  Berikut antara lauk pauk yang kusediakan untuk hidangan keluarga (kadangkala hanya kami suami-isteri yang menghadapinya kerana anak-anak berbuka di luar).  Hanya di hujung minggu, adik-adik akan datang berkumpul di rumahku dan meriahnya sangat terasa...

Telur mata + bawang + kicap.  Lebihan ayam sambal.
Ikan kembung masak sambal.  Kubis masak air.
 
Kangkung tumis air.  Sambal sotong.
Lebihan-lebihan lauk sebelumnya.
 
Kubis masak air.  Telur masin.  Telur dadar.
Sardin.  Ayam sambal.

Sesekali buat sambal kelapa makan dengan ulam timun.
Ada terung masak lemak dengan ikan masin. Telur sambal.
Sambal tumis udang dan lebihan ayam/ikan goreng. 
 
Lauk sepanjang zaman - telur mata +bawang + cili + kicap.



Pak choy celur bersama tumisan bawang putih + cili + sos tiram

Masak lemak ikan jenahak dengan tomato

Mangga harumanis pemberian adik bongsuku
 
Masak lemak ikan masin dengan terung lagi.  Ikan sambal lagi.
Telur dadar.

Khamis, 16 Mei 2019

Hari Ke Sebelas Ramadan 1440...

'Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik.  Ya Allah, jauhkan diriku dari kemurkaanMu dan siksaan api neraka, wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan. Aamiin'
 
Sudah 11 Ramadan hari ini.  Pantasnya masa berlalu dan tidak terasa masa kian meninggalkan kita.  Ada apa-apa yang berbeza di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini?  Atau semuanya 'biasa-biasa sahaja'?  Hanya kita dan Allah juga Yang Maha Tahu sejauh mana baik atau buruknya diri dan sikap kita.  
 
Bagi diri ini, hanya usaha dan doa agar segalanya semakin berubah ke arah kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.  Masa yang ada kian singkat dan sekiranya masih juga leka dan alpa, maknanya tiada sesuatu yang menakutkan tentang janji Allah bahawa syurga dan neraka itu adalah benar. 
 
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Isnin, 13 Mei 2019

Kenapa kita berpuasa...

Sekejapan sahaja hari ini sudah 8 Ramadan.
Ramadan yang kita tunggu-tunggu dengan penuh rindu.
Rindu kenapa?  Rindu kepada rahmat yang melimpah-ruah
yang datang bersama Ramadan atau rindu kepada pelbagai
jenis makanan dan hidangan?  Hanya kita yang mampu menjawabnya.  
Dapatkah kita hayati sebenar-benarnya erti lapar dan dahaga kepada mereka yang serba tiada?

Anak-anak kecil - walaupun kita cuba menerapkan nilai-nilai
baik seawal usia mentah mereka, tiba masanya mereka akan punya
citarasa dan kemahuan sendiri.  Mereka mungkin lupa apa yang pernah kita ajarkan.  Jangan pernah putus mendoakan yang baik-baik, agar sekiranya mereka melakukan kesilapan, mereka ingat semula nilai murni yang pernah diterapkan kepada mereka.