Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Januari 2016

Mengenali Pakistan melalui Diari Seorang Diplomat...


..sejak mengetahui buku ini sudah terbit bila membaca blog Mawar Nafastari, aku cuba mendapatkannya.  Mencari di kedai buku tapi tidak berjumpa lalu aku tinggalkan komen di blog tersebut...

Aku hantar mesej kepada Nur Mawar di facebook.
Beberapa hari kemudian, aku menerima buku tersebut dan aku tak boleh berhenti membacanya dari helaian pertama hingga helaian akhirnya.  Buku yang dicetak atas kertas bermutu tinggi ini memang harus dibaca sekiranya anda ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Pakistan - sebuah negara yang diagung-agungkan oleh rakyatnya sebagai negara Islam tapi dalam masa yang sama ada perkara-perkara yang diamalkan oleh mereka amat bercanggah dengan  hulum Islam.  Contohnya, anak perempuan tidak begitu disukai.  Arak dihidangkan dalam majlis perkahwinan dan beberapa perkara lagi yang sekiranya anda ingin tahu, buku ini harus menjadi milik anda...


Buku ini sebenarnya diterbitkan atas usaha balu
Allahyarham Wan Ahmad Fadzil - Puan Mawar.

Dalam usia belum 30 tahun, beliau dipanggil kembali
oleh Ilahi di tanahair sendiri walaupun beliau
bertugas di sebuah negara yang sentiasa bergolak
seolah-olah nyawa bagai telur di hujung tanduk.

Semoga roh Allahyarham sejahtera di sisi Maha Pencipta





Bertimbangrasa itu sikap yang mulia...

...jadi, bertimbangrasalah.  Hari ini hari orang, mungkin esok-esok hari kita pula memendam rasa...

Sepotong ikan ini berharga RM12.00,
jadi tentulah sayang kalau aku tak habiskan...