Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 Disember 2015

Asam Pedas Atok, Sg. Sembilang Jeram

Asam pedas kepala sembilang untuk dua orang makan -
tak habis pun.  Bungkus bawa balik.
Nasi putihnya datang dalam set begini
Teh O ais limau ke teh O limau ais?
Muhammad Qaid Darwish belum boleh makan asam pedas...

Soal jawab dengan Muhamad Firdaus Bujal
tentang lokasi restoran ini...
Facebook Asam Pedas Atok di sini : https://ms-my.facebook.com/pages/Asam-pedas-sungai-sembilang-Atok/136108879929592

Tarikh pembayaran pencen 2016...

Lebihkurang tarikh pembayaran gaji juga...

Rabu, 16 Disember 2015

Kenapa 'poyo' sangat, Dato'?...


Suamiku bukan seorang yang gemar (suka) menonton drama Melayu atau rancangan hiburan. Baginya 'tak ada faedah'. Dia lebih suka menonton rancangan berbentuk dokumentari.  Saluran Discovery atau History antara yang dia minati.

Bagaimanapun, Ahad malam Isnin lepas, dia TERPAKSA akur dengan kehendak isterinya ini yang mahu menonton siaran langsung Gegar Vaganza Peringkat Akhir.  Bukanlah aku suka sangat dengan rancangan itu.  Aku cuma suka tengok gelagat Jihan dan Nabil yang mengusik Dato' Ramli MS dan juga aku suka dengan persembahan Siti Nordiana, Ezad dan Faradhiya.

Menonton bersama suami, seperti biasa aku mesti kena menahan telinga dengan pertanyaan-pertanyaannya hingga kadangkala aku terpaksa beralah dengan menyerahkan alat kawalan jauh untuk dia menonton rancangan pilihannya.  Tapi, kali ini aku tetap hendak tengok juga walaupun kadangkala aku ke sana sini sementara menanti 'slot' yang aku suka.  

Bila keluar sahaja Dato' Jamal Abdillah yang  memberi amaran kepada Nabil agar jangan 'membahankannya', suamiku dah mula bersuara. 

'Eh...kenapa sombong sangat dia ni?'. 
'Kalau tak boleh melawak, tak payahlah datang'.
'Eh...menyampah pulak aku tengok.  Berlagak sangat'

Macam-macam lagilah yang dibebelkannya setiap kali wajah 'ketat' DJA ini muncul di kaca televisyen hingga aku kata padanya, 'dah perwatakan dia macam tu, nak buat macam mana'...

Jawab suamiku : 'Inikan siaran langsung, nak tunjuk lagak pulak dia. Macam bagus sangat'...

Sudahnya aku diam sahaja.  Malas nak berbalah dengan suami sendiri kerana  orang lain.

Rupa-rupanya, bila aku melayari internet keesokan  harinya, banyak aku jumpa komen-komen yang menghentam DJA ini termasuk di laman-laman gossip popular...


Mudah-mudahan selepas ini DJA akan bersikap
lebih mesra walaupun tak lekang dengan kacamata itu, ya?