Sengaja buat senaman kaki menjejak mural di sana...
![]() |
| Mak dan anak-anaknya |
Biarpun ada yang mengaku bahawa kita sentiasa di hati mereka ataupun kita adalah kesayangan mereka, sewajarnya kita menilai sendiri sikap dan sifat kita.
Sayang manusia tak akan sama dengan kasih Tuhan yang sentiasa memaafkan. Sayang manusia meskipun ibubapa sendiri ada pasang surutnya.
Bila kita disayang, pandai-pandailah untuk kita menyayangi kembali tanpa sebarang niat tersembunyi.
Sayang biar seimbang. Kasih biar tidak terpilih-pilih...
Terima kasih mak kerana mengandung dan melahirkanku
Terima kasih pak kerana menjaga dan membesarkanku
Terima kasih mak dan pak kerana tanpa kalian siapalah aku
Terima kasih Allah yang masih meminjamkan nyawa ini buatku...