Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 31 Mei 2013

Hari ini kakcik bercuti sakit...

....semalam tergolek jatuh ke dalam longkang...huhuhu...

Kisah tentang Madinah (siri terakhir) akan bersambung nanti.  Hari ini kita tatap gambar awan saja, ya... Dah lama kakcik tak letak gambar awan dalam blog ini, kan? (Macamlah ada siapa kisah...)






Khamis, 30 Mei 2013

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg.2)...

Hotel tempat kami menginap di Madinah terletak lebihkurang 150meter dari Masjid Nabawi.  Cuaca di Madinah sama panasnya dengan di Mekah.

Seterusnya kakcik letak gambar dengan sedikit catatan sahaja, ya...

'Pasar Lambak' di hadapan Masjidil Nabawi.  Kena pandai tawar-
menawar.  Banyak barang yang diletak pada harga SR10. Jubah
juga banyak dijual dengan harga bermula dari SR30 sahaja.

Masjid AlQuba.  Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW
sebaik Baginda berhijrah ke Madinah.  Disunatkan untuk solat dua
rakaat di masjid ini.

Kakcik tersilap ambil gambar.  Bukan di hotel ini kami menginap.
Bagaimanapun ianya masih dalam deretan yang sama.  Nama
hotelnya ialah Jawharat AlFayrouz Hotel.

Di ladang kurma.  Yang sebenarnya, kami tidak dibawa melawat
ladang. Sebaliknya dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan yang
menjual pelbagai jenis kurma dan kekacang.  Di sini, kita boleh
'merasa' sebanyak mana kurma dan kekacang yang dipamerkan
secara percuma.  Jangan pandai-pandai 'songlap' ke dalam poket
atau beg pula, ya?.  Kalau nak, boleh beli.  Bagaimanapun, kakcik
tidak membeli di sini kerana harganya jauh lebih tinggi dari yang
boleh kita dapati di luar.
Di Jabal Uhud.

Di sini, pelbagai jenis barangan boleh didapati dengan harga yang
lebih murah.  Jangan lupa untuk tawar menawar.

Cerminmata yang kakcik pakai itu berharga RM790 (jangan lupa
letak tanda titik antara angka 7 dan 9 itu, ya).  Oh, bukan dibeli
di sana, tetapi hanya di Mydin, Jalan Masjid India... hehehe

Kurma 'mentah'.  Dalam jarak beberapa meter sahaja, harganya
berbeza sehingga 50%.  Di suatu tempat, SR30/kg dan beberapa
langkah ke hadapan, hanya SR15 sahaja.  Tak jauh dari Masjid
Nabawi, khabarnya ia boleh didapati dengan harga SR10/kg.

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg. 1)...

Setelah sembilan hari menyulam kasih di Kota Mekah, sampailah waktu untuk kami berangkat ke Kota Madinah.  Kota di mana terletaknya Masjidil Nabawi yang di dalamnya bersemadi makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq dan Umar ibn Al-Khattab.

Jika di Masjidil Haram jemaah lelaki bebas 'beristirehat' di ruang yang dikhususkan untuk jemaah wanita sehingga diusir oleh para petugas, di Masjidil Nabawi keadaan itu tidak berlaku.  Pintu-pintu khusus untuk jemaah wanita telah disediakan.  Di Masjidil Nabawi juga kakcik tidak membawa kamera (walaupun ramai yang selamba membawa masuk).  Ada petugas wanita akan memeriksa badan dan beg yang kita bawa di pintu masuk.  Setiap kali, kakcik akan masuk melalui Pintu 25 (Pintu Uthman bin Affan).

Perjalanan kami dari Kota Mekah ke Kota Madinah mengambil masa hampir 6 jam. Sewaktu mengeluarkan beg di hadapan hotel, baru kakcik tahu ada seorang jemaah yang namanya sama dengan nama kakcik...

Walaupun nama kami sama, tapi kami langsung tak sempat berkenalan!
'Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku peluang untuk kembali bertamu'

'Payung' itu akan mula berkembang pada jam 7 pagi