Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 Disember 2012

21.12.2012 - ada yang mengharapkan kiamat hari ini? ...

kenapa?

sebab dah cukup bekalan ke?

atau boleh mengelak dari membayar hutang?

Baiklah... hari ini akan berjalan seperti biasa kerana kiamat itu adalah rahsia Allah juga. Mari kita baca tentang dosa berhutang, nak?





Rasanya tidak ada di antara kita yang tidak berhutang sepanjang
hidup, kan?  Tapi agaknya ada tak yang sengaja berhutang tapi
berniat tidak akan membayar balik?

Mengapakah anda berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah:

l. Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2. Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3. Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4. Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5. Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud: "Daripada Abu Hurairah berkata seseorang: Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya."

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.

Kesan amalan berhutang.

l. Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusia yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis. Ini disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2. Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam resah gelisah kerana dihantui bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3. Seseorang yang terbeban dengan hutang akan memungkinkan dia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4. Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya selepas meninggal dunia hingga segala hutang piutangnya dilunaskan ketika hidup.

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."

Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Artikel di atas adalah sedutan dari artikel penuh yang kakcik ambil di pautan INI


Khamis, 20 Disember 2012

Pergilah Air Mata...

Novel setebal 858 halaman, mengandungi 72 bab (tidak termasuk prolog dan epilog), karya kedua Hanni Ramsul. Novel yang mampu membuatkan aku membaca tanpa henti disulami sengihan dan air mata.

Sebuah kisah yang agak biasa. Kisah kahwin paksa gara-gara TERtangkap basah angkara kawan baik yang disangka sahabat sehidup semati. Perkahwinan antara pasangan yang tak pernah saling mengenali mengakibatkan gadis yatim piatu (Sabrina) terperangkap dan terhukum dalam banglo mewah suaminya (Badrul) yang telah pun mempunyai kekasih (Dayana).

Gaya penulisan dan penceritaan yang tidak membosankan membuatkan aku tidak menyesal membaca novel yang kupinjam dari adik iparku ini. Andai kalian merupakan peminat novel, rasanya anda tidak akan menyesal untuk memiliki dan membaca novel ini.

Oleh kerana aku bukanlah seorang pengulas novel (apalagi sukan) yang baik, tidak wajarlah aku membuat ulasan yang panjang lebar tentangnya. Jadi, apa kata anda dapatkan novel ini di pasaran untuk menilaikannya sendiri...

Sekian, terima kasih. :)



Rabu, 19 Disember 2012

Walaupun tidak cemerlang, tetapi tidak juga kecundang...

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 telah pun diumumkan dari ini.

Anak ketiga kakcik juga menduduki peperiksaan tersebut.  Seperti yang kakcik duga, keputusannya tidaklah cemerlang (seorang ibu lebih mengenali anaknya, kan?).  Walaubagaimanapun, keputusannya tidaklah teruk sangat.  Setidak-tidaknya lulus kesemua matapelajaran dengan keputusan A dan B dan cuma satu D.  Alhamdulillah.  Maknanya, Bangcik kena gandakan usaha sebaik masuk ke tingkatan 4 nanti kerana di Malaysia ini, sebijak mana kita berkata-kata dan bekerja, tetap diperlekehkan sekiranya tidak ditunjukkan sijil lambang kecemerlangan....