Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 November 2012

Sedih - mereka baru saja berusia 12 tahun!...


Kepada siapa pula jari hendak kita tudingkan? :(


18/11/2012 - kakcik tidak berada di Lavender Heights...

... walaupun begitu, hati kakcik tetap teringat kepada mereka yang sedang bergembira di sana ...

Gambar dari blog Acik Erna
Pada waktu yang sama, kakcik bersama suami, anak dan menantu berada di Kuala Lumpur Convention Centre untuk meraikan menantu kakcik yang menerima 'anugerah' atas pencapaiannya.  Walaupun anugerah yang diterimanya itu tidak sehebat mana, untuk pertama kali dia menerimanya, wajar juga kami turut meraikan kerana ibubapa kandungnya tidak dapat hadir bersama.

Bersama bapa mertua yang sporting


Ucapan perasmian oleh Mantan Perdana Menteri -
Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi

Ucapan penuh keibuan dari Tun Jane Abdullah
 yang sangat menyentuh perasaan

Menantu kakcik sedang menerima imbuhannya.
InsyaAllah, pada bulan Mac tahun depan Huda berpeluang
mengikuti rombongan ke New Zealand selama seminggu.

Akhirnya menjamu selera di Kenny Rogers.

Sempat bergambar dengan pengacara majlis - Helmi the Gimmick
sewaktu hendak membuat bayaran letak kereta.

Tahniah Pierre Andre - semoga langkahmu penuh istiqamah...

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/istiqamah.html
Maksud Istiqamah (sumber : http://www.al-azim.com/masjid/istiqamah.html )

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

* Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

* Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.

* Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

* Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

* Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.


Sumber :  ROTIKAYA
Sudah 5 bulan Pierre Andre menyertai
Jamaah Tabligh.