(Ramai yang tak tahu bila disebut JLT2 (Jalan Lingkaran Tengah 2), tapi bila disebut MRR2 (Middle Ring Road 2), baru terangguk-angguk kepala. Jadi, benarkah Bahasa Melayu itu tinggi darjatnya?)
Kakcik tak pandai nak buat laporan dengan gaya bahasa seorang wartawan seperti yang Sham Ondscene buat, jadi kita tengok gambar dan sedikit catatan ya...
Lokasi : Jalan Lingkaran Tengah 2 menghala Ampang berhampiran Stesyen Minyak Shell.
Tarikh : 22/04/2012
Waktu : 8.10 pagi
Sewaktu kejadian, kakcik dan suami dalam perjalanan menuju ke Wangsa Maju untuk menghantar Adik @ Budak Sepet dan dua orang kawannya mengikuti latihan bolasepak. Kami berhenti sekejap di stesyen Shell untuk membeli roti. Tiba-tiba suami ikut masuk dan menjerit 'ada kemalangan'. Gambar-gambar berikut adalah hasil rakaman suami kakcik...
 |
Kemalangan membabitkan sebuah motorsikal yang tiba-tiba
meletup tayarnya lalu terus merempuh penunggang basikal
yang sedang bersaing dengannya. | |
 |
| Mana pergi lagi satu roda basikal ini? |
 |
| Beberapa orang segera datang untuk memberikan bantuan. |
 |
| Rasanya roda ini tidak boleh digunakan lagi. |
 |
Mangsa sedang menekup luka di kepalanya dengan tuala yang
diberi oleh suamiku. | |
 |
Anggota St. John Ambulance sedang memberikan
bantuan awal. |
|
 |
| Luka di kepala mangsa sedang dibersihkan. |
 |
Kakitangan stesen Shell turut menghulurkan air sejuk.
Kebetulan juga sebaik kemalangan terjadi, seorang
anggota polis lalulintas melalui kawasan kejadian. |
|
 |
Penunggang motorsikal (warga Indonesia yang dalam
perjalanan ke tempat kerja) yang terbabit dalam
kemalangan ini hanya mengalami cedera ringan. |
|
Sewaktu kakcik dan suami berpatah balik selepas menghantar anak-anak ke tempat latihan mereka lebihkurang 15 minit kemudian, kelihatan ambulans dari Hospital Ampng baru sahaja meninggalkan tempat kejadian.
Kemaskini : Terlihat berita di Astro Arena - mangsa adalah pelumba basikal kebangsaan bernama Ng Yong Li.