Kawan-kawan kakcik

Ahad, 8 Mei 2011

Untuk perhatian adikku Azmir Adzha...

Catatan ini akan berada di ruang atas blog ini sehingga 08/05/2011.  Catatan baru berada di bawah sana...

Mungkin ini berita yang kamu tunggu...

BAPA SEKARANG TERLANTAR DI ICU

gambar yang diambil secara 'curi-curi'

pulanglah sementara ada waktu, tidak mengapa kalau dengan 'kami' kamu tidak mahu bertemu, asalkan di dada bapa terlerai rindu.  Gambar-gambar berikut mungkin boleh jadi panduan untuk kamu ke sana :




Sekian dimaklumkan.  Hanya melalui blog ini kakakmu dapat menghantar khabar.  Semoga perkhabaran ini sampai juga kepadamu.


Hari Ibu...

... tiada yang berbeza bagi ku ...

Pagi - pagi lagi aku telah menyediakan masakan ini  (suamiku ke Pasar Chow Kit seawal 4.00 pagi - dia mengajakku, tapi mataku masih liat untuk terbuka!) ...

Rendang Ayam

Sup Tulang

Nasi Putih

Roti Canai ini Along yang beli

Budak Sepet dah siap untuk pergi main bola


Seterusnya...

- Singgah di hospital - ziarah bapa dan hantar makanan untuk kakak

- Jengah Budak Sepet di padang bola

- Hantar Angah balik ke Banting

- Pakaian bertimbun menanti untuk di gosok...




Sabtu, 7 Mei 2011

Gambar hari ini...

Jurupulih anggota sedang 'merawat' bapa

Bangcik bersama kek hari lahir yang ditaja oleh Along (Bangcik mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya)

Demi bapa, adikku menukar Honda Citynya kepada Honda CRV (kereta sebelah kiri - berhampiran lelaki berbaju merah).  Bapa selalu merungut konon tidak selesa menaiki kereta adikku yang 'sempit' katanya.  Harapnya bapa puas hati bila keluar hospital nanti dapat menaiki kereta 'baru' adikku.