Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 Januari 2020

Makan tengahari di Restoran Selera Anggerik Nasi Padang, Hulu Langat...

Waktu menyusuri jalan di Hulu Langat bersama suami, dia terpandang Restoran Selera Anggerik Nasi Padang ini.  Bila masuk, memang terpakulah mata memandang pelbagai jenis lauk yang disediakan.  Perut yang kononnya sudah kenyang, digoda oleh selera yang meminta-minta.

Lihatlah sendiri lauk-pauknya.  Harga pun boleh tahan murah.  Kami makan berdua, hanya RM12.50 sahaja termasuk minuman.


Macam-macam ada.


Masak tempoyak ikan patin.  Sekeping hanya RM3.50 sahaja.




Pelbagai jenis masakan sayur-sayuran.


Jering.  Tak pasti sepiring ini berapa harganya.


Gulai jering.  3 keping RM1.00, tapi makcik tak ambil pun.




Terletak di tepi jalan besar.  Alamatnya : 45, Jalan Intan, Hulu Langat, Selangor.

Jumaat, 10 Januari 2020

Makan malam di Restoran Asputra, Kuala Perlis...

Di Kuala Perlis, kami menginap di Putra Brasmana Hotel.  Kami menempah dua bilik melalui laman web Agoda.  Sebenarnya suami dapat satu bilik yang ditempah oleh pejabatnya.  Disebabkan kami ramai (Along sekeluarga 4 beranak, anak bongsuku dan kami suami isteri), jadi kami tempah bilik lain.  Yang kelakarnya, sibongsu yang diberi bilik bersendirian 'lari' ke bilik mak ayahnya di waktu malam kerana 'takut' dengan bunyi siulan angin yang begitu kuat mendayu-dayu...

Malam pertama di Kuala Perlis, atas saranan pekerja hotel, kami makan di Restoran Asputra.  Jom tengok-tengok apa yang ada...

Eh...gambar siakap masam manis dan kerang bakar yang kami pesan tiada pula.  Jumlah yang dibayar untuk makan di sini adalah RM110.00







Sebahagian dari hidangan yang dipesan.

Alhamdulillah.  Keputusan peperiksaan Semester Pertamanya sangat memberangsangkan.  Jadi, cuti ini juga sebagai hadiah kepadanya dan dapat membeli baju, seluar dan kasut serta selipar yang disukainya di Padang Besar. Walau hanya mampu berbelanja di Padang Besar sahaja dan bukan di kedai berjenama, aku tetap bersyukur kerana ada juga yang boleh kuberi kepadanya. 

Khamis, 9 Januari 2020

Warung Selera Kampung Bendang Panjang...

(Sudah 9/1/2020 hari ini - baru dapat hendak kemaskini blog gara-gara gambar-gambar yang melalui proses yang agak panjang baru boleh dimuatnaik)

Sewaktu hendak mengikut suami yang ada tugas di Perlis dari 29/12/2019 hingga 31/12/2019, anak keduaku beriya-iya mengingatkan agar kami singgah makan di Warung Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar.  Katanya makanan di situ sedap dan murah.  

Jadi, bila sudah singgah di Kuala Kangsar untuk menjenguk rumah di kampung, kami singgahlah di warung tersebut.  Hahaha...walaupun aku berasal dari Kuala Kangsar, terpaksa jugalah guna khidmat Makcik Google Maps untuk mencari tempat berkenaan.  Rupa-rupanya ia terletak tidak jauh dari Sekolah Menengah Bukit Merchu di mana aku pernah menuntut ilmu selama lima tahun.

Kami sampai di warung tersebut pada waktu tengahari.  Dari depan nampak macam tak ramai orang walaupun kerusi meja yang ada penuh diduduki.  Rupa-rupanya di bahagian belakang ada kawasan luas yang menempatkan puluhan  meja lagi.  Syukurlah kami dapat juga tempat duduk.

Jom tengok diantara apa yang kami pesan dan makan :


Nasi goreng untuk kedua-dua cucuku.  Sedap.  RM6.00

Waffle - juga sangat sedap (panas-panas lagi ni).  RM6.00 untuk 2 set.

Lemonade Lychee.  Sedap juga dan besar bekasnya.  Mengah nak habiskan. RM6.00

Aiskrim.  Eh...sedap juga.  Kena pula cuaca sedang panas berdenting. RM3.00 sebekas

Memang tak tipu dia punya sedap walaupun nampak biasa...  RM3.00 satu set

Nasi goreng kambing.  RM12.00 sepinggan.  Kami pesan 5 pinggan.  Cuma yang ini agak lambat tiba sehingga kami rasa banyak membuang masa.  Tapi memang sedap dan Angah memang pesan sangat supaya cuba makan.  Memang banyak sehingga tidak terhabis nak makan sepinggan.

Inilah bilnya.  Kurang sekupang seratus...hahaha...