Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 September 2019

Dia 'unfriend' saya di facebook...

Ini juga adalah catatan 'copy and paste' dari facebookku :

Sewaktu menunggu anak di wad, aku berpeluang berbual dengan seorang wanita Cina berusia 60an. Nampaknya dia seorang yang 'educated'. Masih kelihatan sihat dan cergas.

Dia menunggu suaminya yang baru menjalani pembedahan memotong usus.

Ceritanya, dia punya 3 orang anak. Ada lelaki. Ada perempuan. Semuanya sudah dewasa dan bekerja. Katanya, dia mengikuti akaun instagram anak-anaknya tapi tidak pernah meninggalkan komen.

'Saya sudah dapat pengajaran', katanya. Sambungnya lagi 'satu hari, saya bersama anak bertemu dengan kawan saya. Saya cakap dengan kawan saya, perlu ada akaun facebook. Nanti kita boleh tahu ke mana anak kita pergi. Rupa-rupanya anak saya dengar apa yang saya cakap. Balik itu dia terus unfriend dan block saya dari facebooknya'.

'Kita jadi ibu, bukan mahu tahu apa anak kita buat. Kita hanya mahu tahu dia di mana dan dalam keadaan selamat. Itu pun salahkah?... kita selalu ingat anak masih kecil. Ibu saya 80an pun ingat saya yang 60an ini macam budak kecil. Tapi anak tak faham. Pukul 5 pagi anak umur 27 tahun minta saya hantar ke stesen bas, saya hantar. Tapi ada dia fikir saya balik seorang? '

'Kita hendak tahu dia di mana pun dia tak suka. Sudah sampai mana-mana, bukan hendak beritahu. Tak mengapalah. Kita jadi ibu, doa yang baik-baik untuk anak-anak. Betul, kan?'

Rupa-rupanya setiap ibu ada cerita yang lebih kurang sama. Iya, mungkin satu hari nanti, anak-anak akan rasa apa yang ibu mereka rasa sekarang.

KAWAN WAKTU KETAWA MEMANG RAMAI TAPI WAKTU MENANGIS, JIKA MASIH ADA IBU, IBU ITULAH YANG AKAN MENANGIS BERSAMA KITA...

Jumaat, 13 September 2019

Rabbi Yassir Wala Tuassir...

Allah menguji sesuai kemampuan hambaNya.

...dan iya, aku tahu kekuatan yang aku ada beberapa minggu kebelakangan ini datang dari Allah juga.  Aku diuji mental dan fizikal. Aku lalui semuanya walau kadangkala ada rasa terkilan, kecil hati dan dipergunakan sesuka hati.  Namun akhirnya aku akur pada ujian demi ujian ini.  Pasti ada hikmah menanti.

Terkini, anakku pula terpaksa dimasukkan ke wad selepas muntah cirit tak berhenti.  Bagi aku sendiri, bila badan tidak selesa, mental juga jadi terganggu.  Bunyi bising walaupun sekadar orang bersembang tetap menjejaskan emosi.  Bukan soal kuat atau lemah, tapi ketenangan itu perlu ada.

Selepas tidak tidur hampir 20 jam, aku dan anakku memang 'koyak emosi' sewaktu masuk ke wad yang menempatkan beberapa orang pesakit.  Terasa seperti masuk ke wad sakit jiwa bila ada pesakit yang menjerit-jerit dan merayau turun dari katil pada jam 4.30 pagi!

Akhirnya aku bersuara juga dengan agak kuat 'Uncle...tido' (perasan muda kejap aku).  Eh... mahu pula dia diam.  Dapatlah  kami dua beranak melelapkan mata ketika jam sudah lebih 5 pagi.

Jam 7.15 aku balik ke rumah.  Mandi, tukar pakaian dan tidur separuh mati hingga jam 10.00.

Tengah hari ke hospital semula uruskan apa yang perlu untuk anakku.

Cuaca panas dan berjerebu ini tetap tidak membataskan apa yang perlu aku buat.  Alhamdulillah

#banyaknakceritatapitakterluahsemua
#hanyaAllahyangtahu
#letihjiwaraga
#buatlahapanakbuat
#akujugaibu
#sekejapdisyakkidenggi
#sekejapdisyakkikencingtikus
#mudah2ansemuanyabaik2saja

Catatan ini adalah salin dan tampal (copy and paste) dari facebookku.

Selasa, 10 September 2019

Nanti kita bercerita lagi, ya...

InsyaAllah, bila kesibukan yang dilalui lebihkurang tiga minggu ini berkurangan, makcik akan coretkan apa yang makcik lalui...

Bermula dengan ibu mertua yang sakit dan akhirnya pergi buat selamanya.  Diikuti dengan Snowy (kucing putih yang datang menumpang kasih) kemalangan dan akhirnya ke Johor Bahru menolong anak menatu yang membuka gerai jualan di sana.  

Bali ke rumah, kerja-kerja rumah pula menanti.  Maka nanti-nantilah kita bercerita lagi...

Mudah-mudahan Snowy akan pulih sepenuhnya...