Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 Mei 2017

(WW) Diambil dengan Samsung Note 3...

Aku melihat banyak iklan begini di sekitar Kuala Lumpur.
Aku tak mampu untuk memiliki iPhone.  Aku hanya ada
Samsung Note 3 yang sudah lebihkurang 2 atau 3 tahun
aku gunakan.  Itu pun atas ehsan En. Suami.

Gambar di atas dan gambar-gambar di bawah ini, aku rakam semuanya menggunakan Samsung Note 3... Biar tak cantik di pandangan orang, asal sahaja cantik di mataku...








Selasa, 2 Mei 2017

Kemaluan yang kian hilang...

Apa punya tajuk tu?

Sepatutnya tajuk di atas berbunyi (atau dibaca) begini :  RASA MALU YANG KIAN HILANG.  Tetapi sengaja aku letak tajuk sebegitu kerana ia tetap ada kaitannya.

Kebelakangan ini, sudah beberapa kali aku menyaksikan perkara-perkara yang terjadi di hadapan mataku sendiri.  Namun aku sama sekali tidak merakamkan gambar-gambar kejadian itu, apatah lagi untuk ditularkan (diviralkan).

**  Suatu petang :  aku duduk di dalam kereta bersama suami sementara menanti anak kami selesai tugasan di tempat kerjanya. Sepasang manusia (lelaki dan perempuan) nampaknya seperti pelancong (bangsa asing dan menggalas beg di belakang mereka) sedang berjalan beriringan, tiba-tiba berhenti dalam hujan gerimis semata-mata untuk bercumbu dengan penuh nafsu seolah-olah tidak sempat hendak ke tempat penginapan.  Lama juga aksi mereka begitu seolah-olah hanya mereka berada di situ.  ðŸ˜¡ðŸ˜¡

**  Di suatu ketika yang lain : di persimpangan lampu isyarat. Kami berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.  Sepasang manusia (lelaki dan perempuan), aku tak pasti sama ada mereka warga tempatan atau pelancong, mengambil kesempatan untuk bercumbu-cumbuan penuh ghairah di persimpangan itu.  Mereka tidak memperdulikan puluhan pasang mata yang memerhatikan malah seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan.

** Di suatu pagi menjelang tengahari : aku dan suami melihat dari dalam kereta juga.  Di suatu kawasan tumpuan manusia dalam denyut nadi kota raya Kuala Lumpur.  Seorang wanita bertubuh kecil, berambut pendek dan memakai baju hitam separas paha sambil menghisap rokok.  Tiba-tiba, dia menyelak baju yang dipakainya sambil membuat gaya sedikit mengangkang, menunjukkan alat sulitnya yang langsung tidak bertutup kepada lelaki di hadapannya.  Seorang wanita bersama anak kecilnya seolah-olah terpaku melihat kejadian yang tiba-tiba itu.  Aku juga jadi terpempan.  Seorang anggota polis yang baru turun dari kereta peronda betul-betul di hadapan wanita itu, berpura-pura sibuk membetulkan topinya tanpa memandang kepada 'wanita yang sakit itu'.  Selepas tiada yang melayan, wanita itu terus berjalan sambil merungut-rungut.

Tiga peristiwa di atas, hanya secebis dari banyak lagi perlakuan yang tidak sepatutnya terjadi atau terlihat.  Berapa banyak manusia sesama jenis yang berjalan berpimpin tangan atau berpelukan pinggang dengan penuh mesra?  Perlakuan yang pastinya menimbulkan tanda tanya (tetapi sudah diketahui jawapannya).

Salah siapa bila anak-anak yang baru hendak mengenal dunia sudah lebih mengenali perlakuan 'yang tidak baik'?

Bukalah siaran televisyen sekarang.  Jangankan drama dari luar negara.  Drama Melayu pun sudah banyak adegan yang terlepas dari tapisan.  Jika satu waktu dahulu, drama/filem dari luar akan ditapis walau sekadar adegan bercium mulut (aku memang muak menonton adegan begini), sekarang jangankan bercium mulut, adegan dalam selimut pun selamba sahaja ditayangkan.

Apa gunanya diletakkan kategori U (Umum), 18 (untuk umur 18 tahun ke atas atau PG (tontonan dengan bimbingan ibubapa) bila alat kawalan jauh pun anak yang pegang?  

Bukan sekadar tontonan di televisyen sahaja, apakah ibubapa punya masa untuk memantau apa yang anak-anak mereka tonton di telefon bimbit mereka?

Sekarang pula sudah ramai manusia yang bersedia menyediakan tontotan percuma secara nyata di hadapan mata seperti kisah yang aku ceritakan di atas.  Tidak mustahil suatu hari nanti, bukan hanya kucing dan anjing sahaja melepaskan nafsu di tepi jalan, tapi manusia juga tiada segan silu untuk melakukan perkara yang sama.

Semua ibubapa mahukan yang baik-baik sahaja buat anak mereka. Kerana itulah, walaupun ibubapa tidak tinggi pengetahuan agama mereka, anak-anak dihantar untuk menuntut ilmu agama di institusi yang dirasakan dapat memberikan mereka bimbingan yang 'sempurna'.  Tapi, apakah apa yang diharap itu membuahkan hasil seperti yang diingini?  Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui...