...untuk mereka yang sedang 'mengajar' anak-anak kecil berhenti memakai lampin atau untuk orang dewasa yang bermasalah kecing malam atau untuk pesakit yang selalu buang air atau muntah di pembaringan. Pastinya menjadi masalah yang besar untuk membasuh tilam yang berat bila basah dan sukar untuk dikeringkan. Cadar kalis air yang didatangkan oleh LITTLEMUNAS mungkin boleh membantu masalah anda.
Cadar kalis air bukan bermakna kain yang digunakan jenis yang tidak serap air, sebaliknya ia diperbuat dari kain kapas yang lembut, sejuk dan 'sangat sedap' disentuh. Yang kalis air, adalah lapisan bawah cadar itu. Lapisan itu yang menghalang air dari terkena tilam.
![]() |
| Corak yang menarik dan jenis kain yang 'cantik' |
![]() |
| Bahagian atas yang dibasahkan - serap air... |
![]() |
| ,,,bagaimanapun di sebelah bawahnya ada lapisan plastik yang 'menahan' air dari terkena tilam. Jadi tilam kekal kering... |
Di hari raya nanti pastinya ramai ibubapa membawa anak-anak pulang ke kampung. Mungkin ada yang menghadapi masalah anak kencing malam dan akan membasahkan tilam di rumah kampung mahu pun rumah inap desa (homestay) yang dihuni. Menjadi masalah pula setiap pagi kena angkat tilam untuk dijemur dan dikeringkan. Bagaimana jika cuaca hujan atau lembab dan matahari tidak muncul? Tilam akan jadi berbau dan bertompok-tompok.
Untuk mengatasi masalah tersebut, apa kata beli dan bawa balik cadar kalis air dari littlemunas ini? Jika masalah 'kebasahan' tiba, yang perlu dibasuh hanyalah cadarnya sahaja. Tak perlu mengangkat tilam lagi. Cadar ini ringan dan mudah dikeringkan. Boleh baca sedikit tips dan testimoni berkaitan cadar kalis air ini di SINI.
Bagaimana hendak mendapatkan cadar kalis air yang berharga RM55.00 (saiz bujang) atau RM65.00 (saiz ratu @ queen size dan saiz raja @ king size)) ini? Boleh hubungi secara atas talian :
ABOUT UMI & BABY
17-1, JALAN MUSYTARI AM U5/AM
SEKSYEN U5
40150 SHAH ALAM.



