Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Februari 2016

'Jika panas di waktu malam, saya selimutkan mereka dengan kain basah....'

Catatan di bawah adalah diambil sepenuhnya dari facebook Mummy Qaid (menantu kakcik). Dipanjangkan di blog ini sekiranya ada yang ingin turut memberi sumbangan.  Ada kawan-kawan blog ini, tidak mempunyai akaun facebook atau tidak menjadi rakan facebook kakcik, sedangkan mungkin ada yang ingin turut berbakti...

Saat kita merungut kepanasan dek cuaca yang hangat membahang sedangkan pada waktu yang sama duduk dengan selesa di bawah pendingin hawa, atau mengeluh makanan yang dimakan tidak menepati citarasa, bayangkan bagaimana tabahnya mereka bertiga...














Ayah kepada Aminah dan Muhammad ini sudah hampir 60 tahun usianya. Banyak kali minta kerja pengawal keselamatan tapi ditolak.  Beliau juga menghidap penyakit kencing manis.  Sebelum ini ada motorsikal roda tiga, tapi kena curi dek insan yang tak punya hati...

'Pelanggan merungut bila dikenakan bayaran untuk ulam dan sambal'...

Aku bertemu dengan sepasang suami isteri pengusaha kantin sewaktu membeli barangan dapur di sebuah pasaraya.  Oleh kerana saling mengenali wajah (walupun aku sangat pasti pasangan itu tak pernah tahu pun namaku - sebaliknya aku mengetahui nama mereka), kami bertegur sapa dan berbual seketika.

Aku menunjukkan barangan yang aku beli sambil berkata, 'hanya banyak ini, sudah lebih dua ratus ringgit'.  Sambil menunjuk kepada dua troli penuh barangan yang mereka beli, aku menyambung 'macam itu entah berapa ribu agaknya'...

Suaminya menjawab, 'Setiap kali berbelanja tak kurang dari dua ribu ringgit. Kadangkala sehingga dua ribu tujuh ratus atau dua ribu lapan ratus'.  Aku menambah, 'jual mahal orang marah, tapi orang tak tahu nilai yang kita bayar'.  Lantas isterinya menyampuk, 'itulah, bila pelanggan ambil ulam dan sambal, akak kata 50sen, mereka merungut sambil berkata 'ingatkan percuma', berubah airmuka akak dibuatnya...'

Sambil memasukkan barang ke dalam troli, suaminya menambah lagi, 'dulu belacan sebatang seringgit sembilan puluh sen, sekarang sudah tiga ringgit sepuluh sen.  Kalau belacan yang ada cop, kena GST.  Susah berniaga sekarang...'

Aku pula menokok, 'dulu kata harga barang naik sebab harga minyak naik, sekarang harga minyak turun, tidak pula harga barangan lain ikut turun, kan?' 

Sudahnya kami sama-sama mengangkat bahu seolah-olah kehilangan kata-kata tak tahu nak menyambung bicara...

Isnin, 1 Februari 2016

Jom ke Kedai Melissa...


Terletak di No 33, Jalan Mahagoni 7/3
Bandar Baru Seksyen 4
44300 Batang Kali, Selangor.
(Berdekatan Pasaraya Econsave, Berhadapan Pasaraya KU
Bersebelahan Kedai Dobi Ceria Unggul dan sederet dengan
Kedai Pakaian Hari-Hari.  Boleh waze PasarayaKU Batang Kali)
(fb : https://www.facebook.com/kedaimelissa2u?fref=ts ) 

Dibuka setiap hari dari 11.00 pagi hingga 8.00 malam

Ada Toto/Narita, Bantal Kekabu...

...Cadar Hotel, Cadar Asrama...


...tuala pelbagai saiz (dengan harga serendah RM5.00 sehelai untuk
tuala mandi saiz biasa (standard size)...






Menerima tempahan dari syarikat-syarikat korporat mahupun jabatan Kerajaan
secara tunai atau pesanan tempatan (local order)

Yang di tengah itu bukan untuk dijual, ya...
cuma hendak tunjukkan terdapat juga bantal
saiz panjang itu di kedai ini...
Kunjungilah Kedai Melissa dan buatlah pilihan yang akan dikesali kalau tak beli.  Barangan yang ditawarkan memang berkualiti dan terpulang kepada anda untuk membuat pilihan mengikut kemahuan sendiri.

Sempena pembukaan kedai ini, diskaun hebat diberi dengan potongan sehingga 50% untuk barangan terpilih.  Promosi adalah dari 30/1/2016 hingga 9/2/2016. Cuba-cubalah sebut nama kakcik, kot-kot boleh dapat hadiah percuma...hehehe...