![]() |
| Pagi 12/10 aku menyebut namanya di facebook. Tapi sehingga ke tengahari dia tidak memberi apa-apa jawapan. Tidak seperti kebiasaannya, dia akan segera membalas dengan ramah. |
![]() |
| Beberapa jam kemudian, aku mendapat khabar dari Azian Elias di kumpulan Whatsapp bahawa Fahad sudah tiada lagi. Punca kematiannya dikatakan bermula dari demam dan ubat yang diambil tidak serasi. Masih muda orangnya. Baru berusia lebihkurang 31 tahun. Meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang masih kecil. Rata-rata mereka yang mengenalinya sangat menyenanginya. Seorang lelaki yang baik dan hamba Allah yang sangat mencintai Allah dan Rasul. Kerana itulah Allah SWT mengambilnya pulang segera. Bagaimana pula dengan diriku? Allah masih beri peluang untuk aku berubah menjadi lebih baik sebelum dijemput kembali, tapi aku masih tetap berleka-leka juga... |
![]() |
| Secantik mana pun awan di dada langit, munculnya hanya seketika. Tapi adakah kita mengambil iktibar tentang datang dan hilangnya? (Gambar kiriman adikku Abil Fikri Ahmad) |





