Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 Februari 2015

Cinta Ibadah - drama 130 episod yang sangat merapu meraban...

... drama ini masih ditayangkan di saluran Astro Maya dan Astro Prima.  Kini sudah memasuki episod 105 kalau aku tak silap...

Kisahnya sengaja dipanjang-panjangkan mungkin untuk 'mengisi slot tayangan'.  Hanya setengah jam (termasuk masa untuk iklan) bagi setiap episod.

1 - Seorang isteri (Siti) menghidap barah yang nampaknya seperti tiada harapan untuk sembuh. (Isteri ini tidak disukai oleh ibu mertuanya - Mommy).  Sewaktu menjalani rawatan, siisteri bertemu dengan seorang gadis yang sangat mirip dengannya (Rina) - diperkenalkan oleh doktor yang merawatnya. Siisteri kemudian meminta 'klonnya' itu menyamar menjadi dirinya supaya suami dan anaknya tidak mengetahui bahawa dia menghidap barah dan sedang dirawat di hospital. Maka berlakonlah klon ini menjadi isteri di rumah sisuami - boleh pula tu duduk serumah sebagai suami isteri tetapi tidak sampai tidur bersama...

2 - Sisuami (Hafiz) kemalangan (adegan ini selepas suami mengetahui bahawa wanita di rumahnya itu bukan isterinya dan kemudian mereka menikah 'atas wasiat' isterinya).  Atas 'persepakatan' ibunya dan bekas tunangnya, wajah sisuami dibuat pembedahan plastik sehingga menyerupai wajah bekas kekasih kepada bekas tunangnya.  Bekas tunang ini masih mengharapkan lelaki ini kembali kepadanya.  Jadinya, wajah sisuami itu berubah 100% (boleh ke pembedahan plastik menghilangkan wajah asal dengan sekali pembedahan?).

3 - Tiba-tiba siisteri muncul kembali dalam keadaan segar bugar setelah bebas dari barah atas ehsan seorang wanita Cina (wanita Cina ini kemudiannya meninggal dunia selepas mewasiatkan segala hartanya kepada Siti dan meminta Siti bersama Hafiz, Rina dan ibunya (Mommy) serta anak lelaki Siti bersama Hafiz yang masih kecil tinggal di rumah mewahnya).

4 - Siti dan Rina yang bermadu dan berwajah sama (pelakon yang sama memainkan dua watak), digambarkan sangat baik dan sangat menjaga perasaan sesama sendiri hinggakan sangat nampak 'kayu dan kaku'.

5 - Mommy yang garang dan bergaya macam orang muda sewaktu kaya, berubah menjadi baik dan bertudung bila miskin dan dihalau keluar dari rumah sendiri bila tertipu dengan pakcik bekas tunang Hafiz.  Tapi bila kaya semula selepas mendapat harta yang diwasiatkan oleh wanita Cina itu, tudungnya dah hilang.

6 - Anak kepada Siti dan Hafiz yang baru bersekolah Tadika (ada juga watak seorang budak perempuan yang sebaya dengan budak lelaki ini), bercakap kasar, menengking dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak selayaknya dituturkan oleh seorang 'budak' kepada orang dewasa,

7 - Pemegang watak Hafiz ini juga ada watak lain dalam drama ini.  Sebagai Rayyan yang baran dan sentiasa berniat jahat.  Sewaktu Rayyan hilang, isteri kepada Rayyan ini pula meminta Hafiz menyamar sebagai suaminya dan mereka tinggal serumah walaupun tidak sebilik.

Eh... hendak menghuraikan drama ini pun aku pening dan berbelit-belit... Tak tahu di mana IBADAHnya drama ini walaupun tajuknya tertera perkataan IBADAH itu...


Lirik Lagu Al-Nuraa (Mawi / Hazama / Dali Filsuf)

Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang



Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan

Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah

Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir



Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang



Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarikku kembali
Aku masih tak faham masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan



Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang



Allahummaj’al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuraa
Wa fi lisani nuraa
Waj’al fi nafsi nuraa
Waj’al lii yau maliqo ika nuraa



Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari


Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian harapan

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Tujuh dua kesesatan
Hanya satu kebenaran