...sama ada ianya disengajakan atau satu kesilapan, hanya Allah dan penjual itu sahaja yang tahu... (ia dijual dalam kotak burger dan pasti tiada siapa menyangka begitu isi yang diterima)...
Kawan-kawan kakcik
Rabu, 5 November 2014
Selasa, 4 November 2014
Antara larangan memotong kuku dan meninggalkan solat dengan sengaja...
Kita sangat marah dan menjadi sensitif bila melihat orang lain memotong kuku pada hari Selasa. Kita sanggup cetak tentang larangan tersebut dan beri kepada orang yang sedang memotong kuku. Tercatat di situ bahawa jika memotong kuku pada hari Selasa, maka akan keluar sihat dari tubuh dan penyakit akan masuk. Orang bukan hendak mempertikaikan tentang larangan tersebut. Baguslah kerana kita sudi mengingatkan.
Tapi kenapa kita hilang keberanian untuk menegur orang yang meninggalkan solat pada setiap waktu dengan sengaja? Bila ditanya, kita kata sedang mencari masa untuk menegur. Hingga bertahun-tahun, teguran itu masih belum berani dibuat walaupun hanya dengan mencetak tentang dosa meninggalkan solat.
Jangankan orang lain, kadangkala kita 'takut' untuk menegur anak kita sendiri. Kita sangat berhati-hati konon nanti menyinggung perasaan anak sendiri. Sedangkan anak itu hanyalah amanah dari Allah SWT. Sebagai pemegang amanah, keutamaan sepatutnya diberi kepada Pemberi Amanah. Kita perlu mengikut apa yang telah diamanahkan. Apa sahaja pesanan-pesanan dan larang-larangan serta suruhan-suruhan, kita kena patuhi. Sebaliknya, kita lebih menjaga 'barang amanah' bagaikan barang itu yang menentukan hidup mati kita tanpa berpandukan arahan amanah yang diberi!
Sekali lagi, ini adalah ingatan untuk diriku sendiri...
Isnin, 3 November 2014
Jangan persoalkan kebaikan yang kita beri...
(catatan ini dibuat adalah berdasarkan ilham yang didapati sewaktu melihat kata kunci di nuffnang. Salah satu yang dicari ialah 'orang sering lupa kebaikan yang kita beri kepadanya')
...kita pun sendiri kadangkala begitu juga -
suka menerima kebaikan, tapi selalu terlupa untuk mengingatinya. Mungkin sekadar ada ingatan, tapi setakat itu sahajalah. Bila kita 'marah', kita lupakan segala kebaikan yang pernah kita terima...
Apa yang sering terjadi, bila kita berbuat baik, balasannya tidak datang serta-merta dan tidak juga datang dari orang yang kita berbuat kebaikan kepadanya. Kita juga selalu tidak sedar bahawa 'buat baik dibalas baik' itu bukanlah seperti membeli barang. Hulur duit, dapat barang. Tidak, ia tidak sering jadi begitu. Sedangkan beli barang pun kadangkala kita berhutang. Hulur kad hutang (kad kredit), dapat barang. Balasan kepada kebaikan memang sering terhutang. Balasan kepada kejahatan juga tidak datang serta-merta. Yang berbuat jahat boleh kaya-raya dan bermewah-mewah, tapi adakah hatinya bahagia?
Jadi, tak perlulah kita persoalkan tentang kenapa orang tidak mengingati kebaikan yang pernah kita beri. Syukurlah kita dapat hidup dengan selesa tanpa menyesakkan dada dengan mengenang-ngenang 'penat saja aku berbuat baik, tapi apa pun aku tak dapat'. Cukuplah kita ada Allah yang tidak pernah leka dari menilai amalan kita sama ada baik atau buruk walau sebesar zarah sekalipun...
Wallahhuaklam.
Langgan:
Catatan (Atom)