... aku dah tak kisah punnnn...
Cuma sekarang bila hari Isnin, aku masuk kelas semula. Kelas yang berlangsung hanya untuk dua jam. Itu pun sekirnya aku tidak ada urusan lain. Aku masuk kelas dewasa. Seminggu sekali. Bayaran pun hanya RM20.00 sebulan.
Cuma kadang-kadang sukar untuk mendidik hati sendiri. Mendidiknya supaya jangan terpedaya dengan kehendak nafsu dan hasutan syaitonnirrojim...
Samalah juga dengan hati yang rasa malas dan tubuh yang rasa lesu bila sahaja memikirkan ISNIN. Sedangkan hari ini tetap ada dalam aturannya. Tetap datang dan pergi. Jangan sebab 'takutkan' Isnin, Ahad kita rupanya adalah Ahad terakhir dalam hidup kita. Dan, kita bukan sahaja tidak lagi bertemua Isnin, malah Selasa, Rabu Khamis, Jumaat dan Sabtu juga - sedangkan kita langsung tidak bersedia...
Oh... kelas apa yang aku ikuti itu?
Aku masuk kelas Iqra' semula... tak mengapalah sudah terlewat asalkan jangan langsung tak sempat. :)