... adakah sebaik melihat wajahnya, kau akan bertanya :
'ibu sihat? ibu sudah makan?'
kalau jawabnya 'belum'
adakah kau akan menyambung :
'ibu mahu makan apa? ibu mahu saya masakkan?'
atau
'ibu ada keinginan yang boleh saya belikan?'
atau sebaliknya, sebaik memandang wajah lesu ibumu,
pertanyaanmu adalah :
'ibu tak masak apa-apa ke?'
'ibu tahu tak saya sedang lapar dan ibu boleh duduk saja-saja?'
Sebenarnya anak, apa yang kau tahu tentang isi hati ibumu?
Tahukah kau keluh kesahnya yang sentiasa memikirkan dirimu?
Tahukah kau betapa risaunya bila tidak dapat memenuhi keinginanmu?
Tahukah nyawa pun sanggup digadaikan andainya laku?
Tapi kamu?
Kamu hanya tahu kemahuanmu dipenuhi
Kehendakmu dipatuhi
Tak pernah kau terfikir ibumu sewajarnya disantuni
dan... kau masih tega meletakkan segala kesalahan di bahu ibumu sendiri!


