Dulu - anak-anak boleh tarik muka bila dalam hidangan tiada ayam.
Alhamdulillah, sekarang hal begitu jarang sangat berlaku lagi. Kalau ada pun lauk ayam, kadangkala langsung tak bersentuh.
Pagi ini seperti pagi (subuh) sebelumnya, aku bawa sepinggan nasi untuk BS (ada yang masih tak tahu ke siapa BS tu?) makan sahur. Dengan mata terpejam, dia menggelengkan kepala tanda tak mahu makan. Aku katakan padanya 'makanlah Dik, sahur ini ada keberkatan'. Dia buka mulut dan makan sesuap demi sesuap hingga habis. Alhamdulillah.
Tahu apa lauknya?
Hanya telur goreng + bawang besar goreng (layu bukan garing) dan kicap.
Syukurlah kerana anak-anakku tidak meminta sesuatu yang 'lain dari yang lain'...
