...siapa yang belum kenal dengan DIM (Duda Idaman Malaya) ini, bolehlah jengah ke blog beliau yang di'bina' asalnya untuk isteri kesayangan beliau Warkah Buat Isteri.
Semalam Abil datang menziarahiku di hospital. Banyak yang kami sembangkan. Sembang santai adik-beradik mencakupi pelbagai topik termasuk mengumpat sesama sendiri!
Bersembang dengan Abil memang tidak menjemukan. Sikap selambanya juga sangat menyenangkan - sampaikan biskut atas mejaku pun hampir habis dimakannya...hahaha
Tidak hairan ramai yang ingin 'meminang' Abil sama ada untuk anak gadis mereka atau untuk diri sendiri!
Rupa-rupanya ada juga 'yang tak tahu apa-apa' cemburu dan sanggup menyiasat apakah hubungan sebenar antara aku dan Abil.
Aduhai... kemonlaaaa. Abil tu tak lebih seorang adik bagiku dan suamiku. Hubungan yang terjalin antara kami kerana Allah semata-mata. Ia terjalin berpunca dari Allahyarhamah Fauziah binti Siti Esah iaitu isteri kesayangan Abil yang sudah pun jatuh sakit sewaktu kami mula berhubungan...
Seandainya ada jodoh buat adikku Abil, semoga wanita yang bakal menjadi isterinya bukanlah kerana terpesona dengan keglamouran Abil. InsyaAllah.