Kawan-kawan kakcik

Ahad, 8 September 2013

Alhamdulillah. ..dah siap masak...

Kelentung kelentang sorang diri di dapur, siaplah hidangan ini dalam masa hampir sejam. ..dah tentu tak boleh nak masuk rancangan Masterchef bila buat kerja lembab macam ini...huhuhu...

Jumaat, 6 September 2013

Biasakan guna perkataan TOLONG...

...tak kiralah walaupun kepada anak kecil yang belum aqil baligh pun. 

Bila kita hendak meminta orang lain melakukan sesuatu untuk kita, mulakan ayat kita dengan perkataan TOLONG.  Kerana sikap 'mengarah dan memerintah' kita, tidak mustahil kita akan dipulaukan. 

Mungkin seorang ketua tidak perlu menggunakan perkataan TOLONG kepada anak buahnya.  Itu hak dia.   Tapi di kalangan keluarga mahu pun adik beradik apatah lagi di kalangan kawan rakan, perkataan TOLONG yang kita ucapkan mungkin akan membuatkan kita lebih dihargai.

Jadi biasa-biasakanlah untuk mengucapkan perkataan TOLONG bila kita perlukan khidmat orang lain.

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Dia mungkin perlukan pertolongan, tapi tiada siapa
sudi hiraukan...