Sabtu 31/8/2013
Kali ini ke Kuantan. Ke rumah adik angkat kakcik yang sangat di sayangi. Perhubungan kami telah terjalin hampir 10 tahun.
Kakcik pergi dengan suami, bangcik dan seorang lagi adik angkat yang sangat disayangi juga.
Perjalanan dengan menaiki kereta mewah adik kakcik itu. En. Suami menjadi pemandu sepanjang perjalanan dan kami dua beradik jadi mak datin yang tersandar di kerusi belakang.
Bangcik duduk di sebelah ayahnya. Mr. Sepet tak nak mengikut kerana nak berhariraya dengan kawan2 nya...
Balik dari Kuantan, selepas solat Isyak kami ke rumah kawan En. Suami di Setapak pula...
 |
| The Datins |
 |
| Antara hidangan yang menanti kami. Abaikan adik kakcik yang poyo tu! :) |
 |
Kami 3 beradik. Kakcik jadi perasan sikit bila tengok gambar ini.
Kakcik nampak kurus! hehehe |
 |
Allah yang menemukan kami dan hanya Dia juga
yang boleh memisahkan kami... |
 |
Di Setapak - hubungan 1Malaysia En. Suami dan kawan-kawannya
ini telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu... |
 |
| Jemput makan! |