Kalau ikutkan, ini bukanlah bahagian akhir. Tapi tak mengapalah, kakcik ringkaskan cerita.
Selepas makan di Moon's Kitchen, kami balik ke rumah. Mandi dan tukar pakaian. Kemudian kakcik mulakan operasi melipat 3 bakul pakaian dengan dibantu adik perempuan kakcik. Lebihkurang jam 11 malam, adik angkat yang dah lebih setahun rasannya kakcik tak jumpa, datang dengan sebiji kek lagi.
Esoknya (itu yang di tajuk ada + 1 hari tu), kakcik bersama suami, along, Huda dan bangcik balik ke Kuala Kangsar (lagi!). Menziarahi pusara bonda di kampung dan kemudian singgah sebentar di rumah bekas adik ipar di Ipoh.
Dari Ipoh, terus ke Selayang untuk mengambil Mr Sepet di rumah adik kakcik.
 |
MAILEB KKK bermaksud KAKAK KANDUNG
KESAYANGAN YANG DISAYANGI... :) |
 |
Dah hampir tengahmalam, jadi jangan hairan
dengan pakaian kami suami isteri! |
 |
| Perjalanan ke Kuala Kangsar. |
 |
Sepatutnya gambar ini terletak di bawah. Hentam sajalah.
Waktu ini makan 'petang' di Ipoh |
 |
| Selamat datang ke Bandar Diraja |
 |
| Di pusara bonda. |