... balik dari pejabat petang semalam, kakcik dan Along menjemput Fabian dan ibunya dari hospital. Disebabkan Fabian perlu bertemu dengan doktor-doktor yang merawatnya pada hari Jumaat, mereka hanya akan balik ke Miri pada hari Sabtu nanti.
Mulanya, kakcik dan suami ingin menempatkan mereka di rumah kecil kami sahaja. Tapi mungkin kerana memikir untuk lebih selesa, ibu Fabian memilih untuk menginap di hotel selama tiga malam. Kami hantar mereka ke hotel yang berhampiran dengan rumah kami sahaja.
| Abaikan dinding rumah kakcik yang comot momot itu! |
| Saaaayanggggg dia... |
| Fabian kehairanan melihat Iman yang cemburu itu! |
| Malam tadi pakcik ini pula masuk wad untuk merawat kesakitan di bahu yang sekian lama dideritainya... |
notataksiapatanya : menurut jururawat yang merawat Fabian, salah satu punca penyakit Fabian adalah disebabkan terlalu banyak makan mee segera. Perlu diingatkan bahawa mee segera mengandungi sejenis lilin yang sukar untuk dihadam apalagi oleh usus anak sekecil Fabian.
Dari petang semalam (dan rasa bertambah teruk malam tadi), makcik yang menaip catatan ini mengalami sakit di bahagian dada membawa ke belakang (belikat) sebelah kanan...
Seperti biasa, catatan yang berderet-deret keluar dalamm sehari adalah merupakan catatan berjadual...