2011/11/01
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Melaka Air akan membuka penerbangan domestik dari Melaka ke destinasi Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan bermula akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata, penerbangan itu bagi merancakkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dan ia akan dijalankan dengan kerjasama syarikat penerbangan FireFly. Katanya, setakat ini hanya sebuah syarikat penerbangan iaitu Wings Air sudah memulakan operasi dari Pekan Baru, Indonesia ke Melaka sejak tahun lalu dan beroperasi tiga kali seminggu.
Sumber berita DARI SINI
notaikutsukahatisesedaprasa : janganlah semuanya hendak dibuat mengikut kepentingan politik peribadi sahaja sehingga yang bukan-bukan pun dijadikan taruhan!



