kakcik bukannya sombong atau merasa besar diri bilamana kakcik tidak mengambil 'award' mahupun menjawab 'tag' yang diajukan kepada kakcik. Bukan bukan bukan.... Sebenarnya, agak ramai yang memberi award (ceh.. ayat, perasan popular). Kakcik tak ambil kerana kakcik tak mahu ada yang kecil hati. Beberapa orang memberi award yang sama.. nanti, ada pula yang kakcik terlepas pandang dan tak sebut nama - takut ada yang kata kakcik pilih kasih pulak! (ayat tak bleh blah, ya Azie??)
Begitu juga dengan yang minta kakcik menjawab tag. Ada beberapa orang mengajukan tag yang sama. Alasan kakcik seperti di atas juga.
Jadi.. kepada semua, kakcik mohon berbanyak-banyak maaf, ya? Yang penting, kamu semua amat bermakna kepada kakcik dan kakcik menghargai persahabatan yang dijalinkan ini. Melainkan kalian 'menarik diri' dari terus bersahabat dengan kakcik, itu di luar kemampuan kakcik untuk menarik kalian balik kerana kakcik sedar.. 'siapalah kakcik!'



