Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 Mei 2010

Sepetang di Kuala Kangsar


Semalam, sewaktu hendak balik ke Kuala Lumpur dalam perjalanan dari kampungku, Kampung Kuala Karai, aku dan keluarga (ES, Along, 2 adik perempuan, seorang adik lelaki dan tiga anak buah berusia 2, 5 dan 12 tahun), singgah untuk makan-makan di Kuala Kangsar. Kami balik ke kampung dengan menaiki satu kereta sahaja. Antara yang sempat kurakamkan menggunakan kamera COKIA ku :

Tempat aku menimba ilmu dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

Awie pernah berlakon di sini dalam filem Zombi Kg. Pisang

 Jualan murah(?) di Arena Square, Kuala Kangsar
 
Kubah Istana yang dilihat dari seberang Sungai Perak 

Murahnya makanan di sini - hanya RM55.00 satu set untuk 6 orang  (bagaimanapun, Along 
order tambahan sotong goreng tepung, dan adik2ku tambah kueyteow kungfu - semuanya berjumlah RM69.00 sahaja)

Kuey teow kungfu

Gelap lah pulak...

Telur Bistik  (apa maksud bistik, ya??  Adakah dari perkataan beef steak?)

Operasi 'membersihkan' rumah di kampung

Sabtu, 1 Mei 2010