Alhamdulillah, genap setahun Angah dan Hannah mendirikan rumahtangga. Majlis pernikahan yang ringkas namun sempurna hanya di Pejabat Agama Islam. (Dua bulan kemudian, PKP - Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan dan lebih ramai pasangan yang hanya boleh bernikah di pejabat agama sahaja)
Sebagai ibu, doaku untuk anak-anak dan menantu-menantuku adalah agar mereka hidup rukun damai (pergeseran dalam rumahtangga adalah lumrah, namun jangan dibiarkan luka menjadi barah), sentiasa berada dalam jalan yang diredho Ilahi dan saling melengkapi kekurangan masing-masing. Aku juga tidak berminat untuk campur tangan dalam urusan mereka. Jika diminta pandangan mungkin boleh aku beri, tapi untuk menyibuk rasanya tidak sama sekali.
Satu lagi, urusan cahayamata adalah Allah yang punya kuasa. Jangan sibuk hendak bertanya sehingga anak menantu tidak selesa. Rezeki itu Allah yang tetapkan. Kita sebagai hamba hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakkal kepadaNya.
Kesian Hannah, usai menikah masing-masing kelaparan. Restoran yang hendak dituju, tutup pula. Akhirnya dengan pakaian pengantin pasrah sahaja makan di kedai mamak! |
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama Angah dan Hannah. Doa mak dan ayah sentiasa mengiringi kehidupan kalian selagi nyawa dikandung badan. Aamiin.
Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa disinari dengan keceriaan dan berbahagia hingga ke syurga, Amiiinnnn
BalasPadamAamiin Ya Rabbal Alamiin
PadamAllhamdulillah... smg anak2 kak cik dirahmati sentiasa n bahgia till jannah... betl tu, anak tu urusan Allah kan kak cik..
BalasPadamAlhamdulillah. Moga setahun ini menjadi satu fasa pertama untuk sama-sama melangkah ke fasa-fasa seterusnya untuk anak kakcik dan isteri.
BalasPadamSayangnya tidak semua orang mahu mengerti bahawa soal zuriat itu urusan Allah dan mampunya kita hamba berusaha berdoa dan bertawakkal ada hadnya.
Semoga kekal bahagia selamanya.
BalasPadamsekejap dh setahun rupanya..happy 1st anniversary utk muzamil & wife
BalasPadam