Lebih setahun yang lalu, Snowy pernah kemalangan. Ceritanya ada DI SINI |
Kawan-kawan kakcik
Jumaat, 30 Oktober 2020
Selasa, 27 Oktober 2020
Aku masih di sini...
Rabu, 14 Oktober 2020
Jalan-jalan, makan-makan...
Jumaat, 9 Oktober 2020
Menginap di Kimal Hotel @ Jalan Tupai, Taiping...
Dengar kadar lebih kurang RM85.00 semalam, rasanya sangat berbaloi menginap di sini untuk 3 hari 2 malam. Mungkin sebab masih baru (baru dibuka pada Ogos 2020), keadaannya serba serbi kelihatan baru dan bersih.
Peralatan yang disediakan pun serba ada yang asasnya. Menginap pun untuk tidur, mandi dan solat. Sesuai dengan peruntukan yang makcik dan pakcik pencen ada.
Makcik tak perlukan pun pengering rambut 😃
Kalau hendak bancuh air panas, kena ambil air dari mesin
Coway yang disediakan di laluan ke bilik.
Masih adakah yang menggunakan WiFi percuma?
Katil yang selesa
Jangan lupa kunci pintu bila mandi kalau berkongsi bilik 😀
Bab tangga inilah yang melemahkan makcik sebab tiada lif.
Isnin, 5 Oktober 2020
Antara sejarah yang ada di Taiping, Perak...
Muzium Perak merupakan muzium yang pertama dan tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1883 oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen British ke empat di Perak.
Muzium Telegraph Taiping.
Melalui Taman Tasik Taiping ini, pasti terasa tenang. Kawasannya luas dan terjaga kebersihannya. Nanti bila makcik ke sana lagi, makcik akan turun untuk bergambar. Dah tua-tua ni, keinginan untuk bergambar semakin kurang walaupun sesekali rasa teringin juga...
Gambar-gambar di atas ,makcik rakam semula dari gambar-gambar yang tergantung di laluan ke bilik Hotel Kimal Jalan Tupai Taiping di mana makcik dan pakcik menginap baru-baru ini.
Langgan:
Catatan (Atom)