Bermula dengan ibu mertua yang tidak sihat (kesihatannya mula merosot selepas hari raya puasa), dikejarkan untuk kali terakhir ke hospital dengan menaiki ambulans pada hari ulangtahun kelahiranku (24/8) sehingga beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada pagi hari kemerdekaan Malaysia (31/8). Aku sempat menjaganya di hospital pada waktu siang selama beberapa jam menggantikan adik ipar dan anak buah yang sentiasa bergilir-gilir menjaganya.
Di tengah-tengah kekalutan itu, kucing putih yang selalu datang ke rumah kami, tiba-tiba didapati cedera parah di bahagian hidung dan mulutnya (27/8). Angah yang balik ke rumah, menghantar dalam kumpulan whatsapp memaparkan gambar Snowy yang berdarah dan terkecing terberak di hadapan rumah.
Walaupun ia hanya kucing datang, makan minumnya kami beri dan sesekali biarkan dia masuk ke dalam rumah. Disamping berulang-alik melihat keadaan mertua di hospital, kami juga mengambil tanggungjawab membawa Snowy ke hospital haiwan. Hospital haiwan kerajaan kurang kelengkapan katanya. Disaran bawa ke hospital veterinar UPM. Ke sana pula kami. Oh... kos RM2,000 yang dianggarkan tidak mampu kami sediakan. Hendak 'ditidurkan' pun kosnya RM100. Tetapi doktor veterinar pada hari itu berkata dia tak boleh tidurkan Snowy. Kena datang di lain masa. Kami jadi buntu.
Aku siarkan kisah Snowy di facebook. Ada yang sudi membantu. Selang sehari kami sekali lagi ke UPM. Wad haiwan pula penuh. Terpaksalah kami (aku dan suami) usung Snowy balik. Dalam perjalanan, aku buat pencarian di internet tentang hospital haiwan terdekat. Akhirnya kami hantar Snowy ke Segar Veterinary Hospital, Cheras. Tinggallah dia di situ untuk rawatan sehingga 10/9/2019 (11 hari Snowy di wad). Kos keseluruhan Snowy di hospital itu adalah RM1,270.00
Ada lagi sumbangan yang diterima yang belum dikemaskini. |
Urusan mertua sudah selesai. Snowy pula sudah di wad. Aku ikut pula anak menantu yang buka gerai jualan di Johor Bahru. 5/9/2019 hingga 9/9/2019. Aku tidak mengikut ke gerai tapi tinggal di homestay, menyediakan donut untuk dijual. Cuaca di sana sangat panas berbahang. Peluh menitik sepanjang masa.
Balik dari Johor, anak bujangku yang ikut bersama keracunan makanan. Dari 7/9 lagi dia sudah menunjukkan tanda tidak sihat. Muntah berulangkali disertai cirit-birit. 10/9 sewaktu di rumah (sebelum ambil Snowy), anakku sudah naik lembik. Itu pun dia masih enggan ke hospital. Akhirnya aku telefon ambulans. Dia dibawa ke hospital lebihkurang jam 3.00 petang.
Dari sehari ke sehari, seminggu juga anakku menginap di wad. Doktor kata darahnya 'berasid'. Isnin 16/9 barulah dibenarkan keluar wad. Sementara anak di wad, aku dan suami sempat lagi bekejar sekejap ke Teluk Intan untuk menguruskan hal berkaitan peninggalan mertua pada 12/9. Pergi jam 11.00 pagi dan sampai semula di rumah jam 7.00 petang.
Sekarang aku rasa aku sangat perlukan rehat. Bercuti ke mana-mana untuk sehari dua. Tapi itulah, walaupun wang bukan segalanya, segalanya perlukan wang. Jadi, diam-diam sahajalah di rumah sendiri...
Cuaca tak elok mak...berehat di rumah adalah pilihan terbaik...
BalasPadammmg penuh dengan ujian dan dugaan ye kakcik, tp alhamdulillah sentiasa ada bantuan dari kawan2 dan dari Nya... nasibla snowy dh beransur sihat, moga semuanya sihat n kuat ye kakcik... tp tulah kadang kita yg menjaga yg kesana sini yg rasa penat lelah nya
BalasPadamYa Allah..bertimpa-timpa ye masalah. Semoga semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan.
BalasPadamSemoga segala urusan dipermudahkan. macam mana snowy sekarang kak
BalasPadamMacam budak2 sekolah juga, ada ujian/pepriksaan
BalasPadamKita yang hidup juga perlu menghadapi ujian
Mudah2an dipermudahkan urusan2 mendatang
pelbagai yang kakcik tempuhi kan, semoga kak cik sekeluarga sentiasa di dalam lindungan allah swt jua, aamiin. Jaga kesihatan ye kak cik
BalasPadamLamanya tak singgah sini.... moga dipermudahkan urusan seharian kakcik
BalasPadamSalam takziah KC.... moga ruh ibu mertua ditempatkan bersama org org soleh.
BalasPadamBaca cerita KC ni pun dah rasa mcm penat..... memang kena rehat tu KC.
Mcm mana Snowy sekarang