Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Julai 2020

Semalam di Kuala Kangsar...


Cadangan untuk bermalam di Ipoh juga dibatalkan bila pakcik kata 'kita bermalam di Kuala Kangsar'.  Maka tempahan pun dibuat atas talian.  Tetap juga memilih Hotel dan Restoran Seri Kangsar di mana kami pernah menginap sebelum ini.  Dapat juga bilik yang sama di aras bawah dengan bayaran RM98.00 untuk satu malam (tak perlu bayar deposit).

Selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada Ilahi, kami keluar untuk makan malam.

Makan malam di Restoran Megazu.  Satu-satunya restoran yang buka di deretan kedai yang ada di kawasannya.  Pelanggan agak ramai dan terpaksa tunggu hingga ada meja kosong.  Alhamdulillah, makanannya tidak mengecewakan dan harga pun berpatutan. Daging halia itu pun lembut untuk dikunyah.


Sabtu (11/07/2020)
Seawal 7.00 pagi kami bergerak ke Pekan Karai.  Pekan kecil tempatku dibesarkan.  Bangunan sudah banyak yang usang. Suamiku turun bersarapan di sini sedangkan aku sendiri hanya menunggu di kereta.  Tiada sesiapa yang kukenali untuk disapa...

Selepas suami bersarapan, kami masuk ke kampung di mana rumah pusaka peninggalan orangtuaku masih ada. Setiap kali singgah ke rumah ini, hati akan menjadi sayu.  Rumah yang sudah sekian lama disewakan ini, bagai tidak terjaga.  Sangkar burung tergantung merata-rata.  Bawah rumah bersepah-sepah.  Betapa dulu orangtuaku menjaga rumah ini dengan baik dan bersih, semuanya hanya kenangan yang tidak berulang...

Semak!

Pokok rambutan di hadapan rumah.




Terlihat deretan kereta di tepi jalan dan ada beberapa khemah di dalam kebun berdekatan.  Aku agak ada penggambaran...


Warung Pak Jabit!  Pastinya sinonim dengan Mamat Khalid...

Nampak tak Victoria Bridge di belakang itu?

Selamat tinggal kampungku.  InsyaAllah nanti kita bertemu lagi...

7 ulasan:

  1. sy selalu ke Kuala Kangsar, kampung Kakcik rupanya

    BalasPadam
  2. sayangnya kakcik tak terjaga oleh orang yang menyewa... saya tak suka betul rumah yg ada sarang burung gitu, kotor jadinya

    tapi rumah tu nampak masih cantik dan kukuh lagi...

    BalasPadam
  3. Tempat jatuh lagi dikenang ini pula tempat bermain.
    Mestilah sayang sangatkan kakcik

    BalasPadam
  4. Meriah nye rambutan.
    Seingat acu, baru sekali acu ke KK ni.
    Tu pun dah lama dulu

    BalasPadam
  5. Eumah orang tua kita tempat kita membesar ada nilainya yang sukar diluah dengan kata-kata kan kak.

    BalasPadam
  6. Cantik lagi rumah pusaka di kampung tu
    tentu banyak kenangan terutama zaman kanak2 semasa tinggal di situ

    BalasPadam
  7. Cantik rumah pusaka nya kakcik..dgn rambutan yg meranum

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com