Salah satu hasrat En Suami bila dia bersara ialah untuk kami berdua 'bercuti' berdua di dalam negara. Menaiki kereta dan mungkin bermalam semalam dua di mana-mana. Bagaimanapun, sebaik sahaja dia bersara pada 1 Mac 2020, wabak covid19 mula menular di Malaysia. Cadangan untuk 'bercuti selepas bersara' terpaksa ditangguhkan.
Bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan menjadi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami mula merancang semula percutian. Percutian ke Perak, kalau rajin akan dicatatkan kemudian,
Pada 3/7/2020, kami ke Melaka...
|
Menginap di Casa Bonita Hotel, Klebang atas tajaan CikPuanLawa. Alhamdulillah |
|
Pemandangan dari tingkap bilik di tingkat 5 |
|
Sementara menanti waktu Maghrib, kami ke Pantai Klebang. Nampaknya penjarakan sosial semakin tidak dipedulikan. |
|
Sekadar ambil gambar. |
|
Mudah-mudahan pantai ini akan kekal bersih dan terjaga. |
|
Kalau makcik tunggang kuda ini, mahu patah pinggangnya! |
|
Muka selebar nyiru. Makcik memang tak turun dari kereta pun. |
|
Pusing-pusing lagi sampai ke Tanjung Kling. |
|
Dari lobi hotel. |
|
Jam 8.00 malam, ke rumah kawan suami kerana mereka ada 'pertemuan semula'. Isteri-isteri hanya menemani. |
|
4/7/2020 - hujan pagi |
|
Mungkin terkesan dengan wabak Covid19 yang menyebabkan banyak sektor perniagaan terjejas, pihak hotel hanya menyediakan mesin air ini untuk pelanggan mengambil air minuman. Tiada bekalan air mineral dalam botol disediakan di bilik hotel. Cerek letrik dan cawan ada, tapi peket teh, kopi dan gula memang tiada. |
|
Seterika di luar bilik. |
|
Keluar dari hotel, kami menuju ke Duyung. Singgah sebentar di Perigi Hang Tuah. |
|
Kemudian kami ke Taman Semabok kerana suami ingin menziarahi ibu angkatnya yang sudah kebihkurang 7 tahun terlantar di pembaringan kerana lumpuh separuh badan. |
|
Menjelang tengah hari kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. |
assalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi rabu
apa khabar ?
semoga dipermudahkan segala urusan
bestnya kakcik, bila lagi nak rasa honeymoon semula kan dah pusing jalan-jalan keliling malaysia...
BalasPadamLamanya tak pergi Melaka. Semasa anak2 dimatrik Londang dan UTem saja kami kerap ke sana. Pantai Klebang tentu banyak perubahan
BalasPadamLama tak jejak Melaka.. rindu sungguh!
BalasPadamtempat yang dah beberapa kali sy singgah semasa pkpp ialah Melaka
BalasPadamhasrat saya nak bawa ibu_suri jalan jalan selepas pencen tidak kesampaian. ibu_suri teringin sangat nak ke Jepun!
BalasPadamAlhamdulillah.Tertunai hajat en suami kakcik nak jalan berdua sama-sama selepas bersara.
BalasPadamsalam kenal kakcik dari anamizu :) wahhh seronoknya dapat luang masa teman suami hehe
BalasPadam