Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Disember 2017

Sepanjang 31 tahun ini...

...tiada pantai yang tidak dilanda ombak
...tiada bumi yang tidak ditimpa hujan

tapi kenalah tahu...

...bagaimana hendak melindungi pantai dari terhakis
...bagaimana hendak menjadikan bumi tidak basah

bila sidia menjadi api...
jangan sesekali kita menjadi angin

iya, menuturkan kata-kata memang amat mudah
hakikatnya yang tertusuk tetap merasakan sakit
yang terluka tetap terasa pedihnya

ujian di mana-mana
mungkin bukan dari pasangan
tapi dari orang yang memandang
ada sahaja mereka rasa tidak senang
tapi ingat semula - yang menempuh segalanya adalah kita

ujian mungkin juga dari anak-anak
yang tiada, mendambakannya
yang ada, menghadap pula segala karenah mereka

ujian itu tak pernah sama
walau nampak serupa tapi ia tetap berbeza
jangan apa orang ada
kita pun hendak juga
sedangkan kemampuan kita seadanya
jadi cukuplah sekadar berpada-pada

apa saja ulangtahun :
kelahiran
perkahwinan
mahu pun perkenalan...

jika sidia tak ingat, maafkan sahaja
kehidupan seharian itu lebih penting
ketidakabaiannya terhadap keluarga lebih utama
kita bukan sesiapa
yang hendak menunjuk-nunjuk segala

mungkin sidia banyak kekurangan berbanding kita
tapi Allah jadikan untuk kita saling melengkapi dan bekerjasama
jangan ungkit apa yang kita ada dia tiada
kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihannya
bersikap jujurlah pada pasangan
walau mungkin pada perkara-perkara yang menyakitkan

cukuplah Allah sandaran kita
mengadu padaNya tanpa putus asa
kerana Dia tak pernah alpa
apa yang terjadi pasti ada hikmah sebalinya...

8 ulasan:

  1. hepi anniversary kak cik Juariah dan suami...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum, selamay ulangtahun pernikahan kak cik. moga sakinah mawaddah warahmah ke hujungnya.

    BalasPadam
  3. cukuplah apa yang diberiNya. Usah mencari lain yang tiada di mata. kejayaan sesebuah perkahwinan ialah bila binaannya kekal hingga akhir usia.

    Hepi anniversary.

    BalasPadam
  4. i can feel you...
    Moga bahagia hingga ke Jannah wahai kakcik.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Ulangtahun kakcik dan bangChik.
    Moga rutin harian dipermudahkanNYA dan sihat selalu hendakNYA.. Aamiin..

    BalasPadam
  6. Begitulah liku alam rumahtangga kan kak...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga terus bersama .saling memerlukan..tambah bila usia begini kan kakcik

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan, kekal bahagia selamanya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com