Baru-baru ini makcik dan pakcik singgah ke Kay's Steak & Lobster yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya...
terletak di alamat :
12A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6B
Putra Heights, Subang Jaya
47650 Selangor
Telefon : 03-58871081
|
Berdua-duaan seperti biasa... |
Pakcik pesan Grass Fed Sirloin (RM39.00)... |
...dan makcik pesan Mango Cheese Cake (RM13.00) |
Bersama Chef Amer Reazal. Kami kenal chef ini sudah lama, sejak beliau bekerja di Moon's Kitchen Pandan Indah. |
Walaupun hanya dua jenis hidangan sahaja yang kami pesan berserta air minuman, tapi kesedapannya sangat terasa dan menyerlah. InsyaAllah jika ada rezeki, kami pasti akan datang makan lagi.
Kay's Steak & Lobster ini dahulunya adalah Moon's Kitchen Putra Heights. Sekarang sudah bertukar milik dan sajian yang dihidangkan juga agak berbeza dengan sajian Moon's kitchen.
Kepada yang berminat untuk mengetahui menu yang disediakan di sini, boleh klik PAUTAN INI.
Restoran ini dibuka pada waktu berikut :
Selasa hingga Jumaat = 5.00 ptg - 10.00 mlm
Sabtu dan Ahad = 12.00 tghari - 10.00 mlm
Tutup pada hari Isnin
Alaaaa....nampak sedap sangat hidangan mak dan ayah makan....menarik ni..boleh masuk wishlist...
BalasPadamAlhamdulillah. memang sedap. Mak lupa nak ambil gambar 'selepas'...memang licin licau...hahaha
PadamSedapnya Mango Cheese Cake tu..PC suka cake..bila2 boleh bawa family ni kak..
BalasPadamSedapppp...seperti biasa, kami kalau pesan sesuatu hidangan selalu berkongsi makan. Kecuali kalau memang pesan seorang satu, itu pun kalau berlainan jenis akan sama-sama saling merasa...
Padammango cheese cake tu nampak seperti 'memanggil2' :D
BalasPadamSilalah singgah dan dapatkannya di Kay's Steak and Lobster...:)
Padamdiumur sekarang ini, bila melihatkan makanan yang sedap-sedap di kafe bikin saya fobia dan serba salah...huhu
BalasPadamKami suami isteri memang suka mencuba... :)
Padamtengok stik... tu menggoda sangat :D
BalasPadamYa...sedapnya hingga tiada sisa ditinggalkan atas pinggan...kecuali empulur jagung dan pemegangnya! :)
Padammesti sedap tu
BalasPadamAlhamdulillah, sedap... :)
PadamNampak sedap2 belaka.
BalasPadamAlhamdulillah, kenalah dengan selera... :)
PadamTerliur Sofea tengok mango cheese cake tu acik huhu
BalasPadamMakcik pun terliur, tu yang pesan dan makan... :)
Padammule2 tgk nama restoren tu ingat kakcik amik menu lobster heheh... tp tgk menu yg 2 tu pun dh mengoda, harga pun berpatutan
BalasPadamHehehe...belum mampu nak makan lobster... :)
PadamTeruja nak tengok menu lobster.. mesti sedap ni :)
BalasPadamInsyaAllah sedap... :)
Padamterpaut saya pada mango cheese..nmpk so yummmyyy
BalasPadamSedap sangat... :)
PadamMemang 'menggiurkan' mango cheese cake tu, Kakcik. Boleh cubalah nanti sebab memang belum pernah sampai pun ke restoran ni. Simpan dulu alamat siap-siap nanti senang nak terjah ^_^
BalasPadamBoleh cuba nanti, MD...:)
Padam