Kawan-kawan kakcik

Rabu, 11 Oktober 2017

'Butter Chicken' permintaan Si Bongsu...


Anakanda bongsu minta maknya masakkan 'butter chicken'.  Siap dia carikan resepi bila maknya kata 'tak reti nak buat'.  Tapi, seperti biasa, maknya akan masak ikut suka hati sahaja...

Bila makcik letak gambar ini di facebook, ada yang bertanyakan
resepi walaupun makcik dah beri amaran 'jangan tanya resepi'.
Hahaha... jadi, makcik letak jugalah resepi ikut suka itu. :)

Isi ayam dipotong kecil2. Diperap lebihkurang 30 minit dengan bahan perapan (tepung + serbuk kari + sebiji telur dan sedikit garam yg digaul shg menjadi seperti serbuk roti). Jangan letak air sebab ayam dah sedia lembab.


Goreng ayam yg telah diperap dalam kuali non stick menggunakan hanya sedikit minyak.

Ketepikan ayam yang telah digoreng.

Bahan kuah :

Tumiskan 5 ulas bawang putih (yang telah dicincang), 2 biji cili merah dan 6 biji cili api (kedua-dua jenis cili dihiris) serta dua sudu daun kari ke dalam 2 sudu butter yg telah dipanaskan.

Masukkan 1 tin susu cair dan 3 keping keju. Kacau hingga kuah menggelegak dan sebati. Masukkan ayam goreng tadi. Rasa masin manisnya. (Makcik tak letak gula).

Siap.

5 ulasan:

  1. Simple je ni...boleh buat nanti....sedapnyaaaaa

    BalasPadam
  2. Dah katanya pakar mmg mcm tulah KC..... main ikut suka hati kita je haha...
    Yg penting sedap ye KC. Kalau saya masak selalunya buh daun kari KC goreng sekali dengan bawang dan cili tu. Yg lain lebih kurang sama je. Anak bongsu saya pun suka juga mintak masak mcm ni..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakcik...sedapnya n meriahnya menu kak...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com