Gambar dan rencana dari KOSMO ONLINE
IPOH – Nombor pendaftaran AKU 8055 yang berjaya dibida dengan harga RM74,000 oleh seorang ahli perniagaan dari Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini digunakan pada sebuah motosikal jenis Demak EX-90 yang hanya berharga kira-kira RM2,600.
Keputusan pemilik nombor AKU 8055 yang menjadi rebutan ramai mencetus tular di media sosial terutamanya Facebook apabila ramai yang terkejut dan rata-rata memberi komen bahawa nombor tersebut disifatkan sebagai tidak sepadan dengan motosikal Demak EX-90.
Pemilik AKU 8055 yang mirip perkataan AKU BOSS berjaya dibida oleh Ch’ng De Wei selepas bersaing dengan ramai kenamaan lain termasuk artis dan bintang sukan.
Selepas berita nombor pendaftaran AKU 8055 didaftarkan pada motosikal Demak EX-90 menjadi tular di media sosial, De Wei menerusi jurucakapnya yang mahu dikenali sebagai Bob tampil membuat penjelasan.
Menurut Bob, ahli perniagaan yang berjaya membida nombor tersebut sebenarnya mempunyai perancangan lebih besar iaitu menjual motosikal tersebut dengan harga RM400,000.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4sY31DgvI
Orang dah banyak duit ye KC, setakat 70k apalah sangat bagi diaorang. Celah gigi jelah...
BalasPadamKalau saya yg tak berapa nak ada duit ni biarlah guna plate no, nombor bersepah pun dpd kena labur duit sampai puluhan ribu hihi
Mmmm....apa nak kata ya, dah orang ada duit...
BalasPadamalahai,nak bida no pendaftaran tu,emmm...orang dah terlebih duit tu je bonda...heheheh
BalasPadamSaya tak pernah peduli pon dengan nombor pendaftaran. Oleh itu saya amat terkejut dengan harga yang dibida!
BalasPadammak oi melampau2 harga motor dah jadi macam harga kereta mewah ya! senangnya orang2 kaya main pusing2 duit macam tu saja.
BalasPadamaku boss.. lawa flat ni.. tp harga dia .. huhuhuhuhuhuhu
BalasPadamAKU BOSS.
BalasPadamFUH RM 400ribu. ada ke yg nak beli? harga sebuah rumah teress yg mewah.
Klu dpt duit tu mcm2 benda lain bole wat.huhu.
BalasPadam