Disebabkan buat masa ini makcik belum bersemangat hendak menulis, tapi masih mahu 'menghidupkan' blog ini, makcik letaklah sedikit gambar sewaktu makcik mengikut En Suami berbuka puasa di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel baru-baru ini.
Jemputan datangnya dari Hospital Pantai Ampang. Kalau ikutkan, makcik bukannya rajin hendak berbuka di luar. Iyalah, dengan keadaan kaki makcik yang masih tidak hilang sakitnya (walaupun sudah melakukan rawatan/prosedur dengan dua doktor pakar di dua buah hospital swasta), segan rasanya hendak bercampur gaul dengan orang.
Makcik makan sahaja tanpa banyak karenah apa yang En Suami tolong ambilkan... |
Selain dari makanan-makanan dalam gambar ini, ada juga makcik ambil kuih dan satay selepas solat Maghrib. (Dua buah bilik hotel diubahsuai menjadi surau sementara. Alhamdulillah. Selesa.) |
Duduk semeja dengan Dato' Dr Makmur dan isterinya yang sangat ramah. (Gambar dirakam oleh CEO Hospital Pantai Ampang) |
alhamdulillah bonda,ada yang jemput berpuasa bersama.harap bonda sentiasa sihat hendaknya
BalasPadamWah mak...sedondon mak ngan ayah...hehehe
BalasPadammanis je merpati dua sejoli nih...
BalasPadampandai suami kakcik, amnil makanan yg sihat2, sayur2 salad2 gitu... tp nampaknya sedap2 belaka
Alhamdulillah.
BalasPadamTentu banyak pilihan menunya.
Alhamdulillah, nampak semua menu sihat, tentu sedap.. =)
BalasPadamSemoga sihat kakcik..
BalasPadamsedap sedap nampak semuanya.. tahun ni CT 2x je makan bukak posa luar..
BalasPadamlain semua tapau kat rumah je.. kadang smpai tak tahu nak makan ape hhe..