Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 Mei 2017

SBB2017 - Perkongsian seterusnya (Personal Branding)...

Lanjutan dari catatan INI, seterusnya adalah perkongsian pengalaman dari Cik Lily Putih (Lifestyle Blogger) dan En Mahamahu (Food Blogger).   Perkongsian tentang bagaimana mereka boleh berada di tahap sekarang hingga boleh 'meletakkan harga' untuk beriklan di blog mereka.

Mahamahu, Tn Hj Amir Hassan dan Cik Lily Putih.

Mereka juga bermula sebagai blogger yang 'kosong'.  Bertahun-tahun menghadiri 'review' secara percuma (tidak menerima bayaran) tapi tetap menerbitkan artikel di blog secara konsisten dan memberikan sepenuh komitmen sehingga akhirnya dikenali dan dihargai.

Menjawab persoalan sama ada bolehkah seseorang blogger meletakkan harga untuk sesuatu 'review', jawabnya memang boleh. Tetapi sebelum meletakkan harga, kita kenalah mengenalpasti kekuatan atau keupayaan blog kita menarik pembaca.  Sejauh mana blog kita dikenali, berapa 'pageview' atau 'unique view' yang mampu dicapai oleh blog kita.  Adakah berbaloi harga yang dibayar oleh pengiklan untuk beriklan?

Seterusnya adalah perkongsian yang ringkas tapi padat dari Norman Danish (Misi Viral) tentang Personal Branding untuk mereka yang menggunakan platform facebook bagi menjalankan perniagaan.  Untuk membina Personal Branding yang baik dan boleh menarik pelanggan, hendaklah :

- menggunakan gambar sendiri (gambar yang paling cantik dan menarik) sebagai gambar profile dan 'cover photo'.  Elakkan dari meletak gambar-gambar yang tidak berkaitan seperti bunga, kucing mahu pun produk yang dijual.

- latar belakang (biografi) - catatkan dengan terperinci tentang kelayakan, kemahiran dan kebolehan kita.  Begitu juga dengan produk.  Nyatakan dengan jelas apa kelebihan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk menarik keyakinan bakal pelanggan.

- rajin-rajin 'like' dan komen perkongsian dari 'sahabat-sahabat' yang muncul di facebook kita semoga mereka juga berminat untuk melihat dan membaca status kita.

- rajin-rajinlah mengemaskini status sekurang-kurangnya tiga kali sehari (pagi / petang / malam) agar 'kewujudan' kita disedari.

- elakkan 'meroyan' atau menulis perkara-perkara negatif, sebaliknya tulis perkara yang baik-baik sahaja dan yang menjadi kepakaran kita,

- Jangan berhenti atau malu untuk memperkenalkan produk sendiri.

- Kunci untuk mencipta jenama sendiri (Personal Branding) adalah fokus, konsisten dan sabar.

Satu lagi pesan Norman :
bila kita menghulurkan kad perniagaan
(business card) kita, hendaklah pastikan
nama kita pada kad terletak di sebelah
atas supaya orang yang menerima boleh
terus membacanya.

p/s :  bermanfaat atau tidak catatan ini?  Jika ada manfaatnya, ambillah.  Jika sebaliknya, tinggalkan sahaja.  InsyaAllah, jika aku rajin, nanti aku sambung lagi...

11 ulasan:

  1. perkongsian yang bagus mak. dpt refresh semula info2 di SBB yang lepas.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakcik..
    It's kaklong here..hihi. Terbaik kak! Pantas buat shortnote untuk event SBB2017 baruni.
    AS masih terkial2 lagi men draft entri SBB..adoii

    BalasPadam
  3. perkongsian yang baik ni. Tq utk info ni mak.

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang baik bagi yang ingin menjana pendapatan dari penulisan blog.

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang baik dan banyak memberi manfaat

    BalasPadam
  6. Terima kasih kak sudi berkongsi info..alhamdulillah :)

    BalasPadam
  7. perkongsian untuk refresh balik apa yg dipelajari masa SBB2017

    BalasPadam
  8. Wah seronoklah KC dapat join ye.... dapat jumpa dengan bloger bloger terkenal. Tak kurang dengan ilmu yg dikongsikan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com