Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 Mei 2017

Kemaluan yang kian hilang...

Apa punya tajuk tu?

Sepatutnya tajuk di atas berbunyi (atau dibaca) begini :  RASA MALU YANG KIAN HILANG.  Tetapi sengaja aku letak tajuk sebegitu kerana ia tetap ada kaitannya.

Kebelakangan ini, sudah beberapa kali aku menyaksikan perkara-perkara yang terjadi di hadapan mataku sendiri.  Namun aku sama sekali tidak merakamkan gambar-gambar kejadian itu, apatah lagi untuk ditularkan (diviralkan).

**  Suatu petang :  aku duduk di dalam kereta bersama suami sementara menanti anak kami selesai tugasan di tempat kerjanya. Sepasang manusia (lelaki dan perempuan) nampaknya seperti pelancong (bangsa asing dan menggalas beg di belakang mereka) sedang berjalan beriringan, tiba-tiba berhenti dalam hujan gerimis semata-mata untuk bercumbu dengan penuh nafsu seolah-olah tidak sempat hendak ke tempat penginapan.  Lama juga aksi mereka begitu seolah-olah hanya mereka berada di situ.  😡😡

**  Di suatu ketika yang lain : di persimpangan lampu isyarat. Kami berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah.  Sepasang manusia (lelaki dan perempuan), aku tak pasti sama ada mereka warga tempatan atau pelancong, mengambil kesempatan untuk bercumbu-cumbuan penuh ghairah di persimpangan itu.  Mereka tidak memperdulikan puluhan pasang mata yang memerhatikan malah seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan.

** Di suatu pagi menjelang tengahari : aku dan suami melihat dari dalam kereta juga.  Di suatu kawasan tumpuan manusia dalam denyut nadi kota raya Kuala Lumpur.  Seorang wanita bertubuh kecil, berambut pendek dan memakai baju hitam separas paha sambil menghisap rokok.  Tiba-tiba, dia menyelak baju yang dipakainya sambil membuat gaya sedikit mengangkang, menunjukkan alat sulitnya yang langsung tidak bertutup kepada lelaki di hadapannya.  Seorang wanita bersama anak kecilnya seolah-olah terpaku melihat kejadian yang tiba-tiba itu.  Aku juga jadi terpempan.  Seorang anggota polis yang baru turun dari kereta peronda betul-betul di hadapan wanita itu, berpura-pura sibuk membetulkan topinya tanpa memandang kepada 'wanita yang sakit itu'.  Selepas tiada yang melayan, wanita itu terus berjalan sambil merungut-rungut.

Tiga peristiwa di atas, hanya secebis dari banyak lagi perlakuan yang tidak sepatutnya terjadi atau terlihat.  Berapa banyak manusia sesama jenis yang berjalan berpimpin tangan atau berpelukan pinggang dengan penuh mesra?  Perlakuan yang pastinya menimbulkan tanda tanya (tetapi sudah diketahui jawapannya).

Salah siapa bila anak-anak yang baru hendak mengenal dunia sudah lebih mengenali perlakuan 'yang tidak baik'?

Bukalah siaran televisyen sekarang.  Jangankan drama dari luar negara.  Drama Melayu pun sudah banyak adegan yang terlepas dari tapisan.  Jika satu waktu dahulu, drama/filem dari luar akan ditapis walau sekadar adegan bercium mulut (aku memang muak menonton adegan begini), sekarang jangankan bercium mulut, adegan dalam selimut pun selamba sahaja ditayangkan.

Apa gunanya diletakkan kategori U (Umum), 18 (untuk umur 18 tahun ke atas atau PG (tontonan dengan bimbingan ibubapa) bila alat kawalan jauh pun anak yang pegang?  

Bukan sekadar tontonan di televisyen sahaja, apakah ibubapa punya masa untuk memantau apa yang anak-anak mereka tonton di telefon bimbit mereka?

Sekarang pula sudah ramai manusia yang bersedia menyediakan tontotan percuma secara nyata di hadapan mata seperti kisah yang aku ceritakan di atas.  Tidak mustahil suatu hari nanti, bukan hanya kucing dan anjing sahaja melepaskan nafsu di tepi jalan, tapi manusia juga tiada segan silu untuk melakukan perkara yang sama.

Semua ibubapa mahukan yang baik-baik sahaja buat anak mereka. Kerana itulah, walaupun ibubapa tidak tinggi pengetahuan agama mereka, anak-anak dihantar untuk menuntut ilmu agama di institusi yang dirasakan dapat memberikan mereka bimbingan yang 'sempurna'.  Tapi, apakah apa yang diharap itu membuahkan hasil seperti yang diingini?  Hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui...


15 ulasan:

  1. Semakin sakit MATA dan HATI melihatnya kan kakcik..
    Tak tahu nak buat apa skrg ni..
    Istighfar jer lah pengubat jiwa..

    BalasPadam
  2. Betul kak...kadang rasa malu sendiri..sebab yang dah sah suami isteri pun yang ada segan nak jalan pimpin tangan..nak makan suap suap..cakap bisik bisik..inilah realiti akhir zaman..sedih pun ya juga..entahlah..

    BalasPadam
  3. Pernh juga tgk org tgh bercumbuan time tu tgh jammed.. Mmg xmalu dh la melayu

    BalasPadam
  4. Zaman sekarang, 'kemaluan' memang tak bertutup, Kakcik ^_^

    Pada pandangan saya, kalau warga asing tu bolehlah saya tutup mata aje. Itu mungkin dah jadi kebiasaan mereka. Takda salah bercumbu di mana jua. Cuma kalau berada di negara orang tu, seharusnya hormatlah sikit pada budaya bangsa tersebut.

    Bab rancangan TV tu, memang susah nak kawal sekarang ni. Sebab anak-anak zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu. Mereka lebih terdedah kepada teknologi terkini. Tak akan kerana ada adegan tak berapa elok kerap keluar TV, kita tak benarkan mereka tengok TV. Boleh aje kalau mereka nak tengok di computer. Memang sukar nak pantau tapi walau apapun, sebagai ibubapa kita kenalah main peranan yang sepatutnya untuk mengelakkan anak-anak terpengaruh dengan budaya yang tak elok nih...

    BalasPadam
  5. Malaysia kita ni memang dah tenat...

    Kena berbalik ke pangkal jalan!

    BalasPadam
  6. kita yg kadang malu sendiri bila ternampak depan mata kakcik oi... lagi2 kalau yg membuat tu bangsa kita, minta di jauhkan dr terjd pd family kita...
    betapa makin sshnya nk membesarkan anak2 di persekitaran yg semakin kurang kemaluannya...

    sbb tu lah sya bg aiyan lyn kartun dr tgk drama2 melayu hehehhe...
    kartun lg jujur... takde adaegan2 yg begitu, tp mmg kene pilih2 jgk kertun yg bagus n tidak

    BalasPadam
  7. Kat mana tu kakcik....alhamdulillah makchaq belum pernah terserempak, mungkin sebab jarang ke mana2 sangat.

    BalasPadam
  8. terkejut baca tajuk lapuran kakcik nii..he..he
    tak terkomen dah kakcik kalau kita keluar dari tempurung kita ni..bila keluar jadi hedek terus

    BalasPadam
  9. Betukl la kakcik..Kat sini pun sama la..Warga asing suka bercinta kat taman permainan malam2.Dah la rumah saya tepi taman permainan tu..kadang2 nak ambik angin kat luar pun tak sedap mata...Kalau kita perhatikan diaorang , diaorang langsung tak de malu ke, rasa bersalah ke, rasa rimas kita pandang ke..dah sama taraf macam kucing dan anjing je..

    BalasPadam
  10. Bagi kita yg pernah membesar di tahun 70an dan 80an... terasa sangat kehadiran pendatang asing dari berbagai negara di tanahair kita yg tercinta ni. Perangai masing2 berbagai2 jenis. Yg berugama Islam, masih memelihara adab... mana yg lain agama mmg menjolok mata.

    BalasPadam
  11. memang makin ramai yang macam ni kakcik. kita pun naik segan jika anak2 tengok

    BalasPadam
  12. senikata lagu pun makin tidak terkawal dan makin tiada seninya.

    BalasPadam
  13. Kat KL ni memang banyak adegan mcm tu..kak...
    tak lama lagi, kita pun konfius samada kita duk KL ke..London..hmm..
    Sy just nak share, on one fine day...dtg seorang pengacara TV yg femes ke ofic sy tp dengan berskirt sgt pendek.
    Sayangnya pengacara ni Melayu, Islam.

    BalasPadam
  14. Tengok ramai anak muda yang tidak segan silu bermesra dikhayalak ramai. Hmm... dalam drama pun gitu juga makcik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com