Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 Februari 2017

Set nasi beriani murah di Saujana Utama, Sg. Buloh...

Pada 12/02/2017, aku mengajak suami mengunjungi kedai makan kawanku yang terletak di Saujana Utama, Sg. Buloh, Selangor.  Alhamdulillah, suami menerima ajakanku.  Iyalah, kadang-kadang kalau dia tak mahu, macam-macam alasannya - panaslah, jauhlah, mengantuklah, minyak mahallah...

Kerana belum pernah sampai ke kedai kawanku ini (walaupun kami sudah pernah masuk ke kawasan Saujana Utama), beberapa kali jugalah aku dan kawanku saling berbalas panggilan bertanya/menunjuk arah.  Boleh pula waze enggan bekerjasama kali ini!  Biasalah, kan? waktu pergi rasa jauh bukan main, bila balik sekejap dah sampai...

Setelah berjumpa dan bersembang seketika, kawanku mempelawa untuk mencuba set nasi beriani yang ada dijual di kedai makannya...
Sudah lebih 20 tahun kami saling mengenali.  Dulu rakan
sepejabat.  Kemudian berpisah bila bertukar tempat kerja.
Dia pernah menjagaku di hospital bila aku menjalani pembedahan
tulang belakang.  Agak lama juga kami tidak bersua...
En Suami yang banyak cakap.  Suami kawanku mendengar
sambil memerhati sahaja gelagat suamiku itu...😏

Set nasi beriani kambing.  Terperanjat aku dan suami
melihat nasinya yang banyak.  Boleh makan dua orang.
Mengetahui bahawa suamiku memang tidak makan banyak,
aku menyangka nasi ini tidak akan habis. Sesuap demi sesuap
dia makan sambil bersembang dengan suami kawanku...



...tahu-tahu dah habis! Walaupun suamiku kata dia lebih suka
nasi yang 'tiada warna', tapi tengoklah tu...

Set nasi beriani kambing ini hanya berharga RM9.00
(set beriani ayam masak merah hanya RM7.00)

Sudahlah banyak, murah pula. Semua makanan dan minuman
yang dijual di sini memang murah harganya.  Aku juga memesan
dua bungkus mee goreng, dua keping lempeng kelapa (setiap
keping lempeng sebesar pinggan makan) dan dua gelas barli panas
serta segelas barli ais - hanya berjumlah RM15.00 (tidak termasuk
set beriani tadi).

Kepada yang ingin mencuba makan di kedai kawanku ini, bolehlah datang ke : 

Aura Beriani Enterprise
No : 21, Jalan Dahlia 4
Bandar Saujana Utama
Sg. Buloh, Selangor.

Tempahan untuk katering juga diterima.

16 ulasan:

  1. alhamdulillah.nampaknya kawan kacik tu bisness sambil beramal..murah nasi briyani tu,..

    BalasPadam
  2. mmg murah kakcik, dana rasa kalau beriani ayam pun dh rm10 kot skrg nih... lagi2 kalau kambing msti lagi mahal

    BalasPadam
  3. murah gak tu kan, dan yang penting sedap

    BalasPadam
  4. Betullah kakcik murah sangat kalau tengok portion yg dihidangkan
    Tapi memang ada org jenis berniaga sambil nak bersedekah kakcik.

    BalasPadam
  5. murah la tu kak ... anak sy suka mkn nasi beriani org melayu ni kat putrajaya ni ssh nk dpt ...

    BalasPadam
  6. sedapnya kak cik... tgk abis licin tu...hehe
    klu dekat boleh lah pegi merasa...

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakcik...wah !! murahnya harga dia...kat jb ni nak jumpa bawah harga rm10 mmg susah dah...:)

    BalasPadam
  8. eh mmg murah sgt dah tu mak...
    boleh try lepas ni...rawang dengan sungai buloh mmg dah dekat...

    BalasPadam
  9. kalau begitu harganya, memang betul2 murahlah kakchik.

    BalasPadam
  10. Murah boleh dapat dengan harga macam tu.
    Boleh nak pergi juga bila sampai kawasan sana.

    BalasPadam
  11. Bagi PC murah kak..banyak pun ya juga..puas makan..alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. Waaahhhh!!!! Licin abang mus makan. sure sedap tu kak.

    BalasPadam
  13. kalau dh licin tu mesti sedap teringat-ingat, pasni kunjung lg kakcik... hehe

    BalasPadam
  14. Bestnya ada kawan bukak restoren. Boleh jumpa sambil makan makan kan KC...
    Hihi...kadang tu bila sedap, makan sambil berbual mmg tak sedar nasi dah habis tau KC
    Kambing Briyani ni mmg faveret suami saya ni KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com