Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 Februari 2017

Gigitan seorang cucu...

...perit menembusi bajuku
masih berbekas setelah berminggu-minggu
sesekali berdarah bila digaru

jeritanku dianggapnya lucu
tersengih dia tersipu-sipu
hendak dimarah bukannya dia tahu
silap imbangan memang dah kena luku

tapi cucuku ini memangnya cerdik
terangkan kepadanya baik-baik
tengok ini daging nenek dah hampir carik
nanti jangan pula dibuat kepada adik

sayangkan cucu bukan tak boleh dimarah
yang elok dipuji, ditegur bila salah
jangan dimanja sampai dia tersalah arah
lentur sewaktu rebung, dah jadi buluh mungkin patah

belum tiga tahun usianya
bercakap bagaikan orang dewasa
sekali cakap terakam di mindanya
jadi hati-hatilah sewaktu menutur kata...

Apa yang kita cakap kepadanya, akan diucapkannya
semula jika ada yang berbuat perkara sama. Suatu
hari, dia berkata selamba kepada bapa saudaranya
'jangan buat macam itu, tak elok' bila bapa saudaranya
menjelirkan lidah sewaktu bermain dengannya.
Yang ini belum pandai berkata-kata, tapi sangat
suka bila diagah.  Menangis bila ditinggalkan sendiri.

11 ulasan:

  1. Seronoknya kak cik dah ada cucu untuk dimanja..betul kak cik tak salah memberitau mana yang betul dan mana yang tidak

    BalasPadam
  2. Seronok bermain dengan cucu.
    Cucu WP dh 3 tahun, nakalnya boleh tahan.

    BalasPadam
  3. Qaid gigit nenek ya..hihihihi...mesti nenek terkejut...biasanya begitu kak budak2..baginya semua betul..kita yang dewasa inilah pandu betul2..beritahu mana silap mana betul..mesti Qaid senyum je...

    BalasPadam
  4. Aqlan sebaya dgn cucu sulung kakcik tu. Pernah kena gigit jugak..kadang2 kena cubit. Kadang2 kena tampar. Adehhh..

    BalasPadam
  5. budak nak membesar kene didik tak boleh salah kan mak..sabar je lah ;)

    BalasPadam
  6. kena gigit dgn budak sebaya ni memang ler sakit. kita menjerit bukannyer dia paham sakit pun, kan kakchik. saya pernah kena jugak dulu2 masa umut anak 5-6 bulan.

    BalasPadam
  7. Hihi... itulah naluri seorang nenek
    melihat cucu semakin cerdik
    bila datang terkedek-kedek
    hilang sakit walau kulit dicarik




    BalasPadam
  8. bdk2 mmg gtu ye kakcik, cpt tangkap apa yg org dewasa ckp...
    jgn la terslh ckp kasar atau bahasa yg kesat... mmg bahaya

    BalasPadam
  9. Hihi...Qaid buli nenek ek...
    Kalau ye tak ye mmg betul kata KC mau kena luku tu. Tindakan spontan ....
    Muka Zayyan ni mcm ayah dia ye KC

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com