Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 Ogos 2016

Blogger Raya 2016 di Sajian d'Hidang Catering Shah Alam...

Tarikh : 1/8/2016 (Isnin)
Waktu : Jam 6.00 petang (mula mendaftar kehadiran) hingga jam 10.00 malam.

Sepanjang Ramadhan dan Syawal memang banyak sekali undangan untuk para blogger dari syarikat katering / hotel / restoran.  Namun  bagi seorang blogger tua seperti aku, peluang untuk menghadiri semua majlis itu bagaikan 'mimpi di dalam mimpi' kerana setiap pergerakanku aku mengharapkan ada yang sudi membawa...

Entah macamana, untuk majlis di hujung Syawal ini aku berkeyakinan yang aku boleh pergi.  Setelah bertanya kepada suami dan beliau setuju, aku pun mendaftarkan diri.  Kebetulan pada tarikh yang sama anakku yang belajar di MSU Shah Alam ada majlis hari raya juga hingga ke awal malam.

Jam 6.00 petang kami tiba ke tapak perhimpunan dan susun atur pun belum siap lagi...




Selepas mendaftar, kami keluar semula ke MSU untuk ambil anak dan solat Maghrib terlebih dahulu. Tiba semula pada jam 8.30 malam saat majlis baru hendak bermula...

Sicomel yang bijak ini tetap dibawa bersama...

Sempat bertemu dan bergambar dengan
blogger kecil molek Namia Cinta

Hiasan meja

Wakil dari Sajian d'Hidang sedang
memberikan ucapan
Jom lihat hidangan yang disediakan.  Makanan memang sedap belaka dan 'mewah'.  Sayangnya perutku tidak mampu hendak mengisi semuanya.  Sekadar menjamah serba sedikit dan teringat-ingat hingga balik.  Disebabkan bilangan tetamu yang dijemput tidak sampai 100 orang, rasanya makanan memang banyak hingga rasa nak minta bawa balik...





Kecil molek orangnya.  Inilah pemilik blog iuzira

Kali kedua berjumpa dengan Nooraini Zubir dan sudah beberapa kali
sebenarnya terserempak dengan Hanny Abdullah dan Akma Omar tapi
pertama kali kami bertegur sapa dan 'bermesra' di sini... :)

Qaid nak jadi model ya?

Ada rendang


ada buah-buahan

ada kambing panggang

kebab kambing dan ayam sedang disediakan...

...kebab yang dah siap (sedapppppppppppp)


menanti untuk makan

adoiiiii...tak sempat nak rasa sebab perut dah penuh!



kueh mueh (bukan kueh dan mueh ya...)

yang ini betul-betul sedap sampai aku bertambah makan...
belum pernah aku jumpa kuah lodeh se'mewah' ini, penuh dengan isi
dan pekat likat melekat sedapnya

tidak dapat dinafikan kesedapannya

dap dap dappppp

selesa je sebab jemputan yang terhad...

Alhamdulillah.  Walaupun rasanya akulah satu-satunya blogger kertu ditambah suam-suam kuku yang ada di situ, aku tetap gembira dan teruja.  Terima kasih kepada pengasas Hai Blogger, Saudara Halim Nadzeri yang mempelawa ke majlis ini dan juga kepada penaja hidangan Sajian d'Hidang Catering.

Sajian d'Hidang merupakan panel hidangan/sajian kepada :

- Dewan Orkid, Wisma PKNS Shah Alam
- Dewan Perdana, Keramat Mall Kuala Lumpur
- Dewan Bankuet MBSA, Shah Alam
- Dewan IDCC, Seksyen 15 Shah Alam
- Setia City Convention Centre, Setia Alam

Untuk membuat tempahan, boleh hubungi mereka di :

Telefon : 03-55108776 / 9776 / 3773
Faksimili : 603-55114016
E- mail : order@sajiandhidang.my
Facebook : https://www.facebook.com/sajiandhidang.my/

23 ulasan:

  1. Seronoknya dapat peluang bertemu geng bloggers. Oklah jugak tu KC...dapat jugak invitation maksudnya femes tu tau. Sorang pun saya tak kenal kecuali KC....

    Makanan pun nampak sedap dan menggiurkan... Kena bayar ke KC?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percuma je...tapi sayang tak mampu nak makan semua... :)

      Padam
  2. Mewah juga tu hidangan, Kakcik. Kalau berselera makan, memang bestlah boleh rasa semua tapi besar manalah perut kita nikan semua pun nak cuit rasa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... dah usia kakcik ni, walaupun selera masih ada, keupayaan perut kena diambilkira... :)

      Padam
  3. saya tak berpeluang nak pegi..semua tak sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki mak dapat pergi kali ini...

      Semua dah sihat hendaknya.

      Padam
  4. mewah semua tu mak...
    selalu kalau buffet mcm ni, kita bukan mkn byk mana pun kan mak...tengok je dah kenyang..haha..

    BalasPadam
  5. Perut kakcik kecik kalau kakak dpt pergi semua kakak nak rasa
    Tapi yg best kawan-kawan blogger dpt jumpa Qaid:)
    Geram tengok dia sebenarnya..

    BalasPadam
  6. mewahnya makanan.

    saya lagi segan nak join, sebab dah kematu. hehe

    BalasPadam
  7. sronoknya kakcik.... tgk makanan mmg nampak mewah2... nampak sedap jgk tu kakcik

    masak lodeh tu siap ada cendawan telinga kera, sedapnya....
    kita nih kakcik kadang mkn skit pun dh rasa senak, mcm dana nih kadang2 bdn je nampak besar gabak tp mkn lbh skit dh rasa nk termuntah, almaklum lemak yg banyak kui3 heheheh

    BalasPadam
  8. cemburunya saya..kalau dekat saya pun pergi ni kakcik..:)

    BalasPadam
  9. Wah macam-macam jenis menu ada kat buffet tu, pastinya sedap. Ahli blogger yang hadir pun manis-manis dan muda belia belaka. Perjumpaan mengiratkan hubungan silaturrahim persahabatan.

    BalasPadam
  10. belajar satu perkataan hari ini.... KERTU...

    BalasPadam
  11. tengok gmbr kuah lodeh pun dah nmpk sedap. dia campurkan cendawan dalam tu ye..patutlah kakcik kata mewah..

    BalasPadam
  12. Wahhh. tengok gambar pun dah sedap. Belum dapat bau lagi tu.

    BalasPadam
  13. Menarik sungguh hiasannya. Bagaikan majlis perkahwinan!

    BalasPadam
  14. setting khemah meja kerusi makanan semuanya mewah2... mcm wedding...makanan2 tu plg best semestinya!!!

    BalasPadam
  15. meriah, ana belum pernah lagi join mana2 event blogger ni kakcik, in shaa allah satu hari nanti mungkin :)

    BalasPadam
  16. Best nya majlis ni... Pertama kali kita join majlis raya dengan blogger. makanan pun sedap2...

    BalasPadam
  17. Laa... bukan jemputan. Tapi tempahan. Cer tengok fb hai blogger. Tergamak ada orang tu tak war2kan :-(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com