Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 Ogos 2016

Banyaknya onak hendakku telan...

...hendak diluah 
tak terluahkan

hendak terus ditelan
sudah tak mampu tekakku rabak dikerjakan

hendak diceritakan
takut menjadi bahan umpatan

hendak dipendam
dadaku sudah remuk redam

Allah Ya Allah
berilah aku panduan.

20 ulasan:

  1. salam pagi bonda,semua urusan bonda dipermudahkan olehNya..amin

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kakcik
    Lama kaknoor tk singgah sini
    Memang begitulah lumrah kehidupan didunia ni kakcik
    Kadangkala kita terpaksa menyimpan menelan segala onak demi menjaga keperibadian sejagat
    Semoga Allah memudahkan segalanya kakcik ya

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah kak chik masih lg dapat menempuhi onak dan duri dengan sabar dan tabah... semoga dipermudahkan segala urusan kak chik dan kita semua....:)

    BalasPadam
  4. andai boleh di kongsi, kongsi lah ngn kwn2 kakcik, mana tau dpt mengurangkan remuk redam di dlm dada

    BalasPadam
  5. Begitulah Kakcik bila dah tertekan.
    Kongsi ajelah dgn abg, siapa lagi kalau bukan dia.
    Bagi release sikit yg tersekat tu.

    BalasPadam
  6. sabar ye mak...
    kalau tak terluah, menangis la puas2, lega nnt insyaAllah...

    BalasPadam
  7. Berat terasa hati yang membaca, berat lagi bahu yang memikul

    BalasPadam
  8. itulah hakikat.

    terima sahajalah sebagai hakikat...

    BalasPadam
  9. Saya doakan agar Kakcik bertambah sabar dan tabah. Cari orang yang boleh dipercayai dan berceritalah..

    BalasPadam
  10. Udah kenapa KC?.....
    Luahkanlah pada abang Sado, jangan disimpan kang merana badan

    BalasPadam
  11. Ya Allah, mudahkan urusan hidup Kakcik Nur Seroja.

    BalasPadam
  12. Kak Cik,

    Jangan disimpan semuanya...
    Kelak binasa badan...
    Cari jalan "keluarkan" ia dari minda dan hati..
    Barangkali pergi bercuti, terapi rohani.

    BalasPadam
  13. Salam singgah bila ada kelapangan hari ini.Moga sihat2 selalu yer. Doakan yg terbaik untuk kkcik dn moga dipermudahkan semua urusan yer

    BalasPadam
  14. Hanya padaNya lah tempat mengadu...

    BalasPadam
  15. semoga semua urusan kakcik dipermudahkan

    BalasPadam
  16. moga permasaalahan kakcik di permudahkanNya, aamiin

    BalasPadam
  17. Nak buat macamana, Kakcik. Begitulah lumrah alam, adat dunia. Nak tak nak, hidup tetap juga harus diteruskan!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com