Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Mei 2016

Alahai Bahagian Pinjaman Perumahan...

Tergerak hati nak semak penyata bayaran balik pinjaman.
Nampak tak apa yang tak kena di situ?
Sebagai seorang yang pernah bekerja sebagai pengira biji kopi selama lebih 30 tahun,
kira-kira begini membuatkan makcik rasa nak terjun dalam kolam kopi panas je!
Selepas bersara, bayaran balik makcik tertunggak beberapa bulan sehingga makcik
bayar sendiri secara atas talian untuk bulan-bulan yang tertunggak itu.  Hasilnya?
Selepas buat bayaran, baki jadi meningkat.  Kau rasa nak jadi TARZAN tak?

Nampak tu?  Berkali-kali di telefon, ada nak berjawab?
Ingat makcik dapat talian telefon percuma ke?
Ada sekali dua diangkat, tapi jawabnya 'tunggu saya sambungkan
kepada pegawai bertanggungjawab'.  Bila ditanya nama, jawabnya
'tunggu sajalah, tanya saja siapa yang angkat nanti'.
Kau rasa nak maki ke tidak???

Tak mengapalah, nanti makcik pergi sendiri,
harap-harap dapat menahan sabar di hati
takkanlah untuk kes sekecil ini,
makcik terpaksa jumpa Menteri!

13 ulasan:

  1. aiks...makin lama makin naik balik plak...marah la canni !

    BalasPadam
  2. Pergi terus je lagi senang kan..Memang sakit hati kalau call tapi tak berjawab.

    BalasPadam
  3. akak dah semak akak punya pun jadi gitu jugak kakcik..cuma dah cuba nak print tak dapt..tunggu anak balik untuk print..rasanya elok pergi je kkcik..memang susah sangat nak telefon ni,acik pernah pergi..dulu lagi senang cakap depan2 macam tu kan

    BalasPadam
  4. Ish...makin bertambah?...jumpa terus kak...kalau call boleh dalih...kalau direct in sya Allah lebih puas hati..

    BalasPadam
  5. uih..depa ni ingat orang tak check penyata ka?/suka2 hati buat macam tu..pi jumpa depa kakcik..lap depan2 lagi senang.depa tak boleh dolak dalih..

    BalasPadam
  6. dah ssh nk dpt msk lain ... tgu nk dpt berckp sampai abis kredit jawabnye .... hmmm

    BalasPadam
  7. Salam Kak...pihak BPP memang susah nak ditelefon, saya memang berurusan dgn mereka menguruskan hal pinjaman pembeli rumah. Bagusnya Kak pergi sendiri ke BPP Putrajaya je untuk penjelasan, kurang sikit stress tu....sabra ye kak.

    BalasPadam
  8. As salam..memang menyusahkan orang ramai..saya dari Penang berulang ke Putrajaya berkali2 sebab kalau call memang x angkat.. bila ke sana kita beritahu call x penah angkat boleh pulak jawab memang x angkat sebab banyak sangat panggilan. Pinjaman dah habis bayar setahun lepas tapi potongan masih berlaku. Nak kena pergi depan hidung depa baru depa buat kerja.. Boleh bayang x kalau yang susah x ada transport segala nak kena kerabat p Putrajaya tu. Kita nak complain pun xtau sapa yang nak dengar rintihan orang bawah2 ni. Geran asal sampai sekarang x dapat2.

    BalasPadam
  9. time nk potong pandai ontime pastu dh terlebih potong bt2 senyap... nsb lah kakcik cek kan...

    BalasPadam
  10. Memang panas ni nampaknya KC....
    Kalau pun bizi sangat cubalah angkat telefon tu kan KC... bagi tahu pegawai yg incharge kan senang kita nak tuju ke mana. Sakit hati hutang bertambah satu hal, satu hal lagi pulak dengan pegawai yg bertugas hish!....

    BalasPadam
  11. Jika dah jadi macam tu ada baiknya pergi sendiri jumpa mereka. Semoga dimudahkan urusan akak.

    BalasPadam
  12. Mahu tak sakit hati kak cik..
    Elok bersemuka jer kakcik..
    Tahu dapat jawapan jam tu gak..
    Moga dipermudahkan urusan akak disana..

    BalasPadam
  13. kakcik, jgn lupa tnya nama org yg jawab call tu... :)
    nnti update ye apa hasil siasatan kakcik.
    sbb sy pun ada pinjaman perumahan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com