Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 April 2016

Jihan Muse dulu dan sekarang...

Pelawak popular Jihan Muse tidak sedar dirinya mengalami transformasi sejak mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan tanah air sehingga kini.
Menurut pelawak berusia 33 tahun itu, perubahan dirinya dahulu dan sekarang bergerak sendiri tanpa dirancang.
“Bila orang bercakap tentang saya dahulu dan sekarang, baru saya perasan dan tengok balik gambar-gambar lama saya.
“Ya Allah, hauknya! Saya pun tak sedar bila saya transform bila benda tu berlaku. Tapi bila orang dah nampak transformasi diri kita tu, maknanya kita dah ada peningkatan. Baik dari segi kerjaya mahupun diri,” katanya seperti yang dipetik menerusi temubualnya bersama Studio H.
Tambah Jihan, dia cuba menafikan dirinya mengalami perubahan drastik setiap kali ada individu yang bertanya tentang perubahan fizikalnya tetapi hanya mengikut arus semasa.
“Perubahan saya bukan drastik. Saya tidak pernah plan apa saya nak buat termasuklah kerja atau diri saya sendiri.
“Untuk kerja, saya belajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam industri ini termasuk rakan-rakan. Dari segi imej pula saya lebih banyak memerhati kawan-kawan. 
“Lagipun zaman sekarang ni dah banyak bahan yang boleh kita dapat dari internet dan platform media sosial untuk dijadikan rujukan, dari situlah semuanya bermula dan perubahan itu datang sendiri,” katanya.
Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) sebelum menyertai Raja Lawak pada 2009.
Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Gambar dan artikel dari : SINI

Mudah-mudahan tak lama lagi Jihan akan berubah pula menjadi Muslimah yang sejati...

10 ulasan:

  1. memang lain..gigi dah cantik, kulit pun dah putih..pakaian pun nampak kemas je..

    BalasPadam
  2. bila dah ada pengurus, memang la akan ada perubahan kan kak.. ada yang jaga untuk penampilan dia sebagai artis. masa kahwin tempoh hari, lagi cantik. berseri atas pelamin

    BalasPadam
  3. Memang jauh beza nya..
    Semoga ke arah yg lebih baik lagi..

    BalasPadam
  4. Tak ikut sgt jihan ni dulu2 tapi bila tgok mcm ni mmg ketaralah lawa naw..apa salahnya mencntikkn diri.jgn plstik2 sudahlah sekadar bermakeup ok lagi..

    BalasPadam
  5. Sangat ketara bezanya...moga terus lakukan perubahan yang lebih baik lebih lebih setelah bergelar isteri...

    BalasPadam
  6. saya suka jihan ni ... she be herself.... itu yg penting
    tak de kontroversi...aku suka die .... mcm anzalna juga ....

    BalasPadam
  7. moga kita semua sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba NYA yang lebih baik... Ameen.

    BalasPadam
  8. Betul....Jihan mmg nampak perubahannya. Mmg cantik dia sekarang. Baguslah....suka jugak tengok dia berlawak...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com