Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 April 2016

Apa dah jadi dengan siikan keli?...

...sedikit sambungan dari CATATAN INI...

Gambar -gambar berikut diambil dari facebook Impact Lady Management dan aku edit sesuka hati ...

Ikan keli yang ditangkap itu akhirnya disiang, dimasak, dihias dan diadili untuk mencari pemenang siapakah yang 'benar-benar pandai' menyediakan hidangan ikan keli yang 'enak dimakan begitu saja' (pandai-pandai saja aku membuat andaian sendiri...)

kalau bagi kat aku, entah apalah yang akan jadi dengan ikan-ikan keli itu...

siang jangan tak siang, jangan siang menjadi malam...

bersedia untuk memasak mengikut kepakaran masing-masing...

...dah siap dan bersedia untuk diadili oleh Chef Azli Razali...

...dan inilah juaranya - Pn Ida Mahmud @ Ida Nyanyisunyi
Acara terakhir pada petang itu adalah demonstrasi masakan oleh Chef Azli Razali...


Bahan-bahan untuk memasak Siakap Masak Nata de Coco katanya...
Bukan main bergaya Chef kita ni...
Marilah kita mula memasak.
Alamak! Apa resepinya, ya?
Eh...eh... mana gambar hidangan yang sudah siap dimasak?  Mesti tak sempat ambil gambar, dah kena makan ni... ish ish ish...

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah..harap2 ada peserta kain tk pertikaikan kemenangan sy dn team...sebab katanya yg masak asam tu org2 pandai masak tapi tak juara...tq kakcik sebab posting yg menarik ini...

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya kpd peserta yang menyertai.. Eija tak gemar ikan keli hihi.. Katanya sedap sgt :)

    BalasPadam
  3. ikan keli ni sedap tapi dkna geli nak pegang atau masak.. kalau nak makan, beli yang da siap jer hahaha

    BalasPadam
  4. Tahniah pada yg berjaya..
    Pandai orang tu siang ikan keli..
    Saya beli yg siap siang jer tu hehehe..

    BalasPadam
  5. Tahniah untuk Pn Ida. Bukan senang nak jadi juara ni. Semua hidangan nampak hebat-hebat semuanya.

    BalasPadam
  6. nampak sedap2 je masakan diaorang ni..dengan hiasan gitu memang nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  7. Kalau suruh saya siang ikan keli pun memang dari siang bawa ke malam sampai ke siang semula tak tersiang-siang ikan keli ni, Kakcik!

    Nampak macam menyelerakan tapi nasib baiklah ikan keli jadi kurang sikit rasa teruja nak mencuba!

    BalasPadam
  8. kalo jue mmg tak reti nak siang ikan keli.. hehehe

    BalasPadam
  9. ida juara..tahniah untuk ida..
    kalau akak dibagi ikan keli hidup tu kakcik sampai esok pun hidup je la ikan tu he he

    BalasPadam
  10. kalau ana pun kak cik, ikan keli idup2 ni memang tak jadi lauk lahh ,tahniah pada yang menang :)

    BalasPadam
  11. wahh siap ade chef..
    kalau beli ikan keli kena siang siap-siap. kalau tak ikan tu tersengeh jelah mcam tu.

    BalasPadam
  12. teruja baca sampai habis tapi gambar dah siap takde pulak.. hehehe..
    Tahniah buat kak Ida di atas kemenangan tersebut.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com