Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 Februari 2016

Tahniah kerana dapat melacurkan bahasa dengan jayanya...

...sehingga boleh ditayangkan dengan sewenang-wenangnya di kaca televisyen!

Sudahlah bahasa percakapan seharian pun dirojakkan sekehendak hati, belum lagi bahasa yang digunakan di media sosial yang menyakitkan hati ditambah singkatan-singkatan yang kadangkala sukar dimengerti...

Jangan salahkan guru-guru di sekolah bila anak-anak kita sukar memahami bahasa sendiri dan gagal mengarang dengan ayat tersusun seperti dikehendaki.  Mereka lebih mudah terpengaruh dengan apa yang mereka hadapi saban hari.  Tambahan pula disiarkan di tv, pasti mereka merasakan apa yang dihidangkan itu tiada salahnya lagi.

Alaaaa...macam kau kata 'bahaya makan megi', tapi iklannya kau siar berapi-api.  Tentulah anak-anak kata mana bahayanya kalau ditunjukkan itulah makanan yang sedap dan berkhasiat sekali...

Sudah tiada perkataan Melayu untuk 'married' itu, ya?

Sudahlah isi kandungan drama ketandusan ilham, bahasa juga sudah tandus perbendaharaan kata?

Sinopsis drama ini yang aku ambil dari SINI
(aku tidak langsung berminat untuk menontonnya)

SINOPSIS MARRIED TAPI BENCI
Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Shafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar? 


Aku sedar dan tahu, blog aku ini bukanlah blog pilihan ramai sehingga boleh sampai isi kandungannya kepada pihak stesyen televisyen mahupun kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diambil tindakan, tetapi bila sekarang aku melihat rancangan agama yang disiarkan mempunyai sarikata, aku teringat kepada catatanku yang ini.  Walaupun siaran sarikata itu bukan kerana catatanku, tapi setidak-tidaknya aku pernah menyuarakannya melalui blog ini empat tahun yang lalu...

22 ulasan:

  1. hmmm...malas dah nak omen bab nie sebab semua pandang enteng!

    BalasPadam
  2. hmm hari pertama sy nampak kat TV hari tu kak ...ini la yg saya rasa ....
    hmmm sepatut nya ditapis oleh finas dahulu ...tv3 semakin teruk kualitinya

    BalasPadam
  3. btl kakcik... kadang nk sgt bt drama ikut novel tp tajuknya ntah hapa2 sepatutnya di tapis dulu lah kalau nk disiarkan kt tv jgnla ikut novel tuh semata2...

    ntahla dana kadang jarang sgt tgk drama melayu skrg ni kakcik, kecuali yg nmpak jln citenya bagus... kadang lbh baik layan katun ngn aiyan hehehhe

    BalasPadam
  4. ada ternampak iklan cerita ni kat tv.. tu la kan kak.. kadang-kadang bila kita tulis kat blog mengajar untuk kita guna bahasa melayu sebaiknya. kadang-kadang ada jugak ter'rojak' bahasa dalam entry.. hehehehee.. tapi cuba sebaiknya untuk guna bahasa sebab masa akan datang, anak-anak nak baca coretan ibunya.

    BalasPadam
  5. mesej drama siri ni sama je kan kakcik, kawin paksa last2 bahagia lepas ada org ke tiga, ana pun tak layan sangat drama2 camni, skema.. paling best ana tonton tahun lepas drama Lari Mira..lain dari yang lain dengan mesej penuh keinsafan walaupun pelakonnya bukan yg meletop2 .:)

    BalasPadam
  6. selamat pagi kakcik
    kaknoor pun tak setujuk jugak tapi apa kan daya kita
    hanya boleh bersuara dan merungut

    BalasPadam
  7. bahasa kita sudah ibarat melukut di tepi gantang .. betulkah perumpamaan saya ini ?

    BalasPadam
  8. Drama tv manalah agaknya itu kakcik
    Kakak jarang menonton jadi kurang tahu kisahnya
    Sedih juga bila bahasa kita kian carca-marba sekarang.

    BalasPadam
  9. sangat setuju dengan kenyataan akak dalam entry ni, sekarang drama yang ditayangkan pun entah ape2. saya memang tak pernah menonton walau satu drama melayu sekarang ni sebab terasa GELI bila tengok tajuk drama tu sendiri. ye memang betul drama tu semua pun di adaptasi dari novel tapi tolonglah, penulis2 novel ni pun silalah cipta tajuk novel yang boleh memberangsangkan minda pembaca

    BalasPadam
  10. Strategi melariskan sesuatu hasil...biar pun terpaksa melacurkan bahasa...

    BalasPadam
  11. Kakcik saya pernah kena tegur dengan pensyarah Bahasa di Uitm sebab perkataan SURE HEBOH. Malu Kakcik..

    BalasPadam
  12. Sebb itu saya dan anak2 tak suka drama Melayu di TV, banyak yg mengarutnya... Kata anak bongsu saya lebih baik tengok cerita kartun dari tengok drama Melayu yang tak berpijak realiti dan menghina mentaliti..

    BalasPadam
  13. Anak-anak zaman sekarang kak...kadang tu bila kita yang dewasa ni cakap dan sebut perkataan satu satu dikatanya skema..tak "in" lah...akhirnya kita diketawakan...PC dah kurang la kak ikuti drama..ada jugalah satu dua yang ikuti..itu pun rompong-rompong..

    BalasPadam
  14. Satu lagi " karya " sampah terhasil.

    BalasPadam
  15. Takut jadi ikutan pada anak2 yg belajar sekarang..
    Macam jawap soalan Qu Puteh tu..
    Sebenarnya jawapannya Queen ..
    Aduhai..
    Tak apa kakcik..
    Teruskan bersuara..

    BalasPadam
  16. Malas nak tgk la kak citer macam ni. Patutnya kena tapis penggunaan bhs ni. Ni main lulus je.

    BalasPadam
  17. Sedih dan sadis kan kak.. tengok tajuk pun dah malas.. lagi la nak tengok..

    BalasPadam
  18. Entri saya mmg bahasa rojak KC....harap KC maafkan ye... Dah saya nak balik, takut krna marah huhu

    BalasPadam
  19. Sedih juga dengan tatabahasa dalam tajuk dan drama sekarang...

    BalasPadam
  20. ky memang tak minat tengok drama melayu..baru tengok dah tahu akhir cerita..hihi

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com