...kerana konon 'katanya', pekerja Bangladesh sangat rajin dan berdisiplin. Maka, mungkin haruslah juga pihak Poslaju menggunakan khidmat mereka...
Semalam, menantuku 'terkena' dengan pekerja Poslaju. Sebelum ini pun beberapa kali dia suami-isteri (termasuk Qaid) terpaksa ke pejabat pungutan kerana 'barangan tidak berjaya disampaikan'. Memandangkan menantuku sedang menunggu sesuatu barang yang sangat penting dan tahu pekerja Poslaju akan datang, dia menggantungkan notis di hadapan pintu rumahnya :
Malangnya, bila pekerja Poslaju datang dan menantuku sudah pun menjawab panggilan di pintu dengan meminta pekerja itu menunggu sekejap kerana dia hendak mengenakan tudung, bila keluar ini yang didapatinya :
Mungkin masa menunggu seminit dua itu sangat berharga buat pekerja tersebut. Jadi, lebih mudah dia meninggalkan slip sahaja. Kesian menantuku yang sedang hamil, Qaid pun masih kecil, suami pula bekerja. Bila pula dapat keluar untuk menuntut barang kiriman itu. Hari yang sama menantuku menghantar emel kepada pihak atasan Poslaju dan memang cepat jawapan yang diterima bahawa mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Aku juga pernah terkena dengan pekerja Poslaju. Sebaik meletakkan kuali dan menyalakan api, pekerja Poslaju tiba. Aku hanya meminta seminit untuk mencapai tudung dan memadam api, pekerja itu menjerit 'cepat Cik (Makcik), nak hujan ni'... cantik budi-bahasanya. Itu tak termasuk beberapa kali aku ada di rumah (mungkin di dapur dan tidak mendengar), tapi tahu-tahu hanya slip yang ditinggalkan...
Alahai anak bangsaku, bekerjalah dengan setulus hatimu. Jangan salahkan bangsa lain bila bidang yang sepatutnya kita kuasai diambilalih oleh mereka nanti...
kat sini pun memang macam tuu kak cik, depa2 ni hon kan main banyak kali lagi macam tak menyempat, tapi setakad ni depa tunggu lah mungkin sebab selalunya orang yang sama hantar, ana pernah lah bagitau kat seorang abang ni, maaf ye saya kena capai tudung dulu baru boleh keluar ambil barang.. bagi dia faham sikit :)
BalasPadammemang sakit hati dibuat depa ni kak.. biasa sangat dah..
BalasPadamTempat kakak sini agak bernasib baik bila remaja yg hantar jenis yg sabar. Yg dulu dah berhenti ke tukar tak tahulah pun sama macam itu. Dia memang dah sedia slip sengaja malas nak bunyikan loceng atau ketuk pagar. Yg baru ni bagus.
BalasPadambnyk sangat dah komplen pasal pos laju nie! diaorg lebih suka hntr kat office je dr rumah2!
BalasPadamadoi
BalasPadamKalau area rumah saya ni plak setakat ni memang ok. Kalau dia nampak tingkap terbuka, tp bila tekan loceng lambat keluar, dia akan call. Dia tanya ada org kat rumah tak, sebab tingkap terbuka, dia nak hantar barang. Pernah sekali tuh, saya ambik anak sekolah, pos laju call, sbb dah dekat nak sampai rumah dah, dia tunggu. Dalam 5 minit gak ler dia tunggu.
BalasPadamikut orgnya juga kot kakchik. jenis tak menyabar. so far jumpa ok jelah kecuali yg dekat kaunter yang muka ketat
BalasPadamdimana2 pun sama kakcik diaorang ni nk cepat je, macam laj kita ni dok standbye tunggu depan pintu je, yg lebih terok disini barang pun boleh tk sampai sbb ramai rakan2 blogger yg hantr langsung tkde barang sedihhh lah
BalasPadamPernah juga kena, call center komplen dan bagi arahan, kalau datang kat rumah saya jangan bunyi hon sekali dah pergi tapi tekan loceng sampai orang keluar. Bibik sentiasa ada di rumah. Kalau ko tekan hon bukan akak sorang saja duduk situ, mana nak tahu ko hon rumah siapa. So far so good lah lepas komplen... hihihihi
BalasPadamagaknya bdk poslaju tuh marah sbb menantu kakcik tulis note ngn marker warna merah...
BalasPadamssh nk jumpa bdk poslaju yg ok, tp tak bermaksud semuanya tak senonoh... tp sebab sorang dua yg mls semua terkene...
Saya pun pernah kena camtu.. bengang je dgn poslaju.. Bukan lama pun kena tunggu..
BalasPadamPos laju ni bergantung pada orang yang hantaq kakcik.. yang berdedikasi akan hantaq barang.. boleh tunggu dan call kita dulu..
BalasPadamdapat yang kaki mengulau tu.. entah-entah barang pun dia tak bawak.. dia bawak slip je terus selit kat pintu.. padahal kita ada je dalam rumah..
kami pun banyak kali jadi macam tu..
teruknya! kena buat komplen tu kak.
BalasPadamPoslaju kat tmpt saya ni Alhamdulillah baik budi bahasa. Kdg2 ada call bila kita takde kat rumah.
Sampai cam tu sekali KC....kalau ye pun tunggulah sekejap ek. Tah pape! Ni mmg dah tau kita kat dalam boleh tinggal notis je. Ceh...
BalasPadamermmm teruknya ..kena complain nie
BalasPadamJom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
Itu memang komplen biasa. Saya dah terkena, ayah saya dah terkena, family wife saya dah terkena. Jadinya, perlukah kita guna khidmat Bangla? Saya rasa, mungkin dah tiba masanya
BalasPadamSedihkan kak...PC ada juga kena sound dengan encik yang hantar barang..yalah bila dengar loceng...time tu kita nak sarung tudungkan..ralatnya sebangsa seagama...patutnya lebih memahami...buka semua begitu..yang segelintir itulah yang mencemar kawan kawan yang ok..
BalasPadammcm2 cerita pasal pos laju ni kak...
BalasPadamada yg servicenya ok dan ada yg kurang....
saya selalunya barang atau surat pos ke office saya sahaja...sebab confirm kat rumah x de orang...hehee
Kalau sbb nk hujan blh thn lg mak.. Ni panas pun bila tayar motor dia berenti terus tekan loceng dua kali. Kita capai tudung dia tekan lg bell dua tiga kali sambil hon dan bg salam tanpa henti. Bila order brg kita tau brg akn smpi bila dan tau dia dtg bila. Tudung dan ready je tinggal sauk je. Pun tak blh sabar. Rasa cam nk ckp je eh sy nk pki tudung pun awk hon byk kali ke? Tp sbb yg hantar tu posmen yg sama malas nk gaduh. Senyum je tgk dia dan jwb salam terus ambik brg. Yg bw van(ng brg besar) kat area saya xde masalah. X de kat umah pun dia tinggalkan je brg sbb dia tau jauh nk g balakong tu ambik . Dgn baby dan suami keje payah klu ada brg dia bw semula ke sana. Sbb tu selalu sgt klu takat order lipstik atau stokin je dah terlepas dia angkit tu kita burn je lah mak. Malas sy nk bermodal redah jem nk tuntut kat sana.
BalasPadamBangla tak takut panas blh je suruh bangla antar brg pasni kot? Gaji byr ikut jam pun takpe.. Blh antar brg smpi jam 12 tgh mlm ke.. Haaa time tu org dh blk keje blh terima barang. Ekeke
Naper mesti pakai pos kerajaan? Skynet & others kan ada. Tetiba cerita bangla lah pulak. Hmmm
BalasPadamDengan pos laju ni saya tak pernah terkenalah. Selalunya memang kena tinggal slip macam ni aje sebab takda orang di rumah. Tapi dengan Telekom biasalah juga kena. Janji nak datang hari dan waktu sekian-sekian, kita ni pun ambillah cuti dan menunggu di rumah. Langsung tak nampak muka. Bila kita called Telekom katanya, mereka dah datang tapi takda orang di rumah. Pelik sangat tau!
BalasPadamBuat kerja macam nilah yang nak minta Bangla replace. Mereka bagi gaji ciput pun sanggup buat kerja bersungguh-sungguh. Kalau bagi gaji banyak sikit, lagi bersungguh-sungguhlah jadinya!