Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 Januari 2016

Jom ikut Qaid ke rumah anak-anak yatim...

...eh! Qaid bukan pergi sendiri
Qaid ikut Mummy dan Daddy
ada juga Uncles dan Aunties

jomlah tengok gambar-gambar kami
gambar yang nenek ambil dari fb Mummy 
bukan niat hendak beriak di hati
cuma mungkin sama-sama kita boleh menabur bakti...

Apa khabar Abang?
Qaid harap Abang gembira tinggal di sini.
Suatu hari nanti, InsyaAllah Abang juga akan jadi insan yang berbakti lagi dihormati.

Kenapa masam sangat ni?
Cuba cerita, manalah tahu kalau Qaid boleh membantu.

Daddy imamkan solat, tapi Qaid tengok je.
Nanti bila Qaid dah cukup syarat, Qaid pun nak jadi imam juga.



Mama Ija ni baik betul.
Ke mana-mana pun, dia tetap dengan sifat rendah dirinya,
walaupun dia seorang selebriti dan sangat dikenali.



Doakan perniagaan Mummy Qaid berjaya ya,
nanti sebagai CEO, Qaid boleh turut menderma...

Qaid tak pasti Daddy cakap apa,
tapi Qaid mahu Daddy jadi imam keluarga kami yang
sentiasa merendah diri dan berjaya di dunia serta bahagia di akhirat.

Semoga sedikit sumbangan dari kami dapat membahagiakan mereka.

Kalau ada yang ingin turut menabur bakti, butirannya ada di gambar ini...

15 ulasan:

  1. Allah... kakak yg sekadar mampu tengok ada rasa terharu kakcik
    Tidak ramai yg mahu berbuat begini.
    Qaid beruntung duduk di kelompok keluarga begini.

    #sukatengokhelizahelmi-comel

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah....... Allah jua yang dapat membalas segala bantuan dan kasih sayang yang diberi.

    BalasPadam
  3. moga makin di murahkan rezeki mummy n daddy Qaid yek.,...

    BalasPadam
  4. Moga makin murah rezeki buat mereka yang menderma.
    Moga anak2 yatim tersebut gembira dan kuat dalam menjalani rutin harian.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. Moga murah rezeki buat yang membantu. Bila tengok muka anak kecil ini sebak rasa dihati

    BalasPadam
  6. alhamdulilah kecik kecik dah jadi YB yang baik hati ye Qaid..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Yb melawat kawasan...lucu pulak tengok keletah budak yg masam tu

      Padam
  7. saya tak boleh pergi tempat macam ni. pantang. nanti sibuk nak berair je mata.

    BalasPadam
  8. salams jumaat kak chik,

    seronoknya dapat beramah mesra dengan anak2 istemewa ini:)
    cutenya qaid:)

    BalasPadam
  9. moga Qaid menyambung legasi mummy dan daddynya kelak..amin...

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah Qaid berpeluang menabur bakti. Moga boleh jadi contoh kpd yg lain.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Bagus Qaid, kecil-kecil dah prihatin. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Semoga perniagaan Mummy Qaid terus berkembang maju.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com